Skip to main content

Hiburan

“Setiap Kali Ada Show Suara Hilang, Benda Ini Buat Aku Rasa Nak…” – Aweera

“Setiap Kali Ada Show Suara Hilang, Benda Ini Buat Aku Rasa Nak…” – Aweera

Sekilas

  • Penyanyi Aweera meluahkan kekecewaan kerana sering hilang suara setiap kali membuat persembahan, walaupun suara kembali normal tanpa show.
  • Aweera mengakui masalah vokal ini membuatkan dia terfikir untuk bersara dari dunia nyanyian.
  • Dia juga menyatakan rasa tidak puas hati dengan keadaan vokalnya sekarang yang dirasakan sudah tidak seperti dirinya dahulu.
Advertisement

Penyanyi Aweera meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa berdepan masalah vokal yang sering ‘hilang’ setiap kali perlu membuat persembahan.

Menerusi perkongsian dalam Instagram Story, Aweera mengakui situasi tersebut menimbulkan tanda tanya apabila keadaan suaranya kembali normal ketika tidak mempunyai sebarang persembahan.

Advertisement

“Ya Allah, mana vokal aku ini? Setiap kali ada ‘show’ (persembahan) hilang suara.

“Tak ada ‘show’, okey saja,” katanya.

Lebih membimbangkan, pelantun lagu Romancinta itu mengakui masalah berkenaan membuatkannya terfikir untuk mengundurkan diri daripada dunia nyanyian.

Advertisement

“Benda ini yang buat aku rasa nak ‘retire’ (bersara).

“Serius aku cakap,” luahnya.

dfgg

Dalam hantaran sama, Aweera turut meluahkan rasa tidak puas hati terhadap keadaan vokalnya ketika ini sehingga merasakan suara tersebut bukan lagi seperti dirinya yang dahulu.

“Aku benci vokal aku sekarang. Ini bukan aku!” katanya.

Sumber: Instagram

Anda mungkin berminat dengan

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

Must Watch Video

Advertisement