Skip to main content

Hiburan

Sheera Iskandar Timang Anak Kedua, Suami Zahir Kata-Kata Apresiasi - “Terima Kasih Atas Pengorbanan Luar Biasa”

Sheera Iskandar

Sekilas

  • Pelakon Sheera Iskandar selamat melahirkan cahaya mata keduanya, diumumkan oleh suaminya Mohd Halim Abdul Gani di Instagram.
  • Halim berkongsi rasa syukur dan penghargaan kepada Sheera atas pengorbanannya serta mendoakan anak mereka membesar dengan sihat dan solehah.
  • Sheera mendirikan rumah tangga dengan Halim pada Mei 2021 dan mereka sudah mempunyai seorang anak perempuan, Puteri Long Harissa.

Tahniah diucapkan buat pelakon, Sheera Iskandar yang selamat melahirkan cahaya mata keduanya.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri suaminya, Mohd Halim Abdul Gani menerusi satu hantaran penuh syukur di Instagram (IG).

Halim yang memuat naik foto Sheera bersama dua anak walau bagaimanapun, tidak berkongsi lanjut mengenai tarikh kelahiran sebenar cahaya matanya itu.

“Bismillah, Alhamdulillah. Tiada kata yang mampu menggambarkan rasa syukur di
hati kami.

“Dengan izin dan rahmat-Nya, Allah kurniakan kepada kami cahaya mata kedua. Satu amanah kecil yang membawa kebahagiaan besar,” kongsinya.

Di akhir perkongsian, Halim menzahirkan kata-kata apresiasi buat Sheera atas pengorbanannya yang telah melahirkan cahaya mata mereka.

Halim turut menitipkan doa agar anak keduanya itu membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.

“Terima kasih Ya Allah atas nikmat, kekuatan dan kasih sayang ini. Terima kasih buat isteri tercinta atas pengorbanan yang
luar biasa,” kongsinya.

“Moga anak ini membesar dengan sihat, dilindungi Allah, menjadi insan yang solehah, berakhlak baik dan membahagiakan keluarga.

“Selamat datang ke dunia, sayang.
Doa daddy & mommy sentiasa mengiringimu,” tulisnya lagi.

Sekadar info, Sheera atau nama sebenarnya Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar Putra mendirikan rumah dengan Mohd Halim pada 3 Mei 2021 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak perempuan, Puteri Long Harissa pada pada 22 Mei 2022.

Untuk rekod, pelakon Gerak Khas itu pernah mendirikan rumah tangga bersama Abdullah Harun pada Ogos 2015 sebelum berpisah pada hujung 2018.

Sumber: Instagram

Must-Watch Video

Advertisement