Sekilas
- Sherry Ibrahim menasihatkan wanita supaya berhati-hati berkongsi kisah peribadi dengan lelaki yang tidak dikenali.
- Sherry menegaskan ada lelaki yang berpura-pura ambil berat tetapi sebenarnya mahu mengambil kesempatan.
- Sherry mengingatkan supaya jangan paksa diri membantu lelaki yang berkelakuan tidak baik dan bertindak tegas terhadap mereka.
Pelakon, Sherry Ibrahim memberi pesanan buat kaum wanita agar lebih berhati-hati dalam berkongsi kisah peribadi, terutamanya dengan lelaki yang tidak benar-benar dikenali.
Menerusi hantaran di platform Threads, Sherry berkata terdapat segelintir lelaki yang berpura-pura mengambil berat dan menunjukkan simpati pada peringkat awal, sebelum bertindak mengambil kesempatan terhadap wanita berkenaan.
“Moral of the story jangan kongsi kisah-kisah sedih atau kelemahan dengan sebarang lelaki yang tak berapa kenal (untuk men yang tak baik tu).
“Bila dia tahu perempuan tu lemah, dia akan buat-buat ambil berat dan ambil kesempatan. Mula-mula buat-buat kesian.
“Selepas itu ambil kesempatan dalam kesulitan. Kalau perempuan tak nak tolong jangan paksa!
“Lepas dah buat benda tak baik, ada guts to ignore and treat the person like trash. Rase marah dengan perbuatan macam ni. 'Action speaks louder than words!" coretnya.
Berikut merupakan perkongsian Sherry:
