Sekilas
- Jep Sepahtu meluahkan rasa muak dengan Shuib yang masih menggunakan isu persahabatan sebagai bahan perbincangan dalam podcast walaupun Jep sudah memohon maaf.
- Jep menafikan wujud perjanjian pembayaran untuk kumpulan mereka dan menegur Shuib supaya menyelesaikan isu bayaran EPF yang belum dijelaskan.
- Jep mahu fokus pada kehidupan dan anak-anaknya serta tidak mahu lagi terlibat dalam konflik berkenaan.
Pelawak Jep Sepahtu kurang senang dengan tindakan pelawak Shuib yang didakwa masih menggunakan isu persahabatan sebagai bahan untuk dibincangkan dalam podcast.
Mengakui sudah mohon maaf atas apa yang berlaku sebelum ini, Jep bagaimanapun berasa muak dengan isu yang kerap kali dibangkitkan secara umum.
“Aku dah minta maaf walaupun macam-macam dah kau buat kat aku. Aku dah tersangat muak dengan isu ini. Aku tak kisah pun kau tak reply WhatsApp aku tapi janganlah depan public kau wayang kononnya kau lah yang terpaling mulia dalam bersahabat.
“Mungkin kau risau kot kalau isu ni selesai dah takde pula isu kau nak mainkan. Teringat dulu kau pernah cakap ‘bad publicity is still publicity’.
“Hari ni aku nak ingatkan kau, yang aku sama seperti dulu tak hamak benda-benda publicity ni. Sudah-sudah la main sentimen persahabatan untuk kau punya marketing. Game apa sebenarnya yang kau nak main ni? Ke kau tengah khayal?” tulisnya di Facebook.
Dalam hantaran sama, Jep atau nama lengkapnya Mohd Nadzri Zainal Abidin, turut menyentuh mengenai sebuah podcast yang didakwa membincangkan isu pembayaran melibatkan kumpulan mereka.
Katanya, berdasarkan pemahamannya, tiada perjanjian pembayaran dibuat untuk kumpulan kerana urusan sebelum ini dilakukan secara individu.
“Lagi satu Rahim ada tunjuk aku video podcast kau cakap pasal payment. Kita tak pernah deal payment untuk kumpulan. Dari dulu semuanya deal individu. Kalau betul memang ada cerita pasal payment tu, gentle sebutlah nama, senang sikit aku nak hantar LOD.
“Aku dah biasa kotorkan tangan untuk pastikan hasilnya bersih daripada mencuci duit nak nampak kan dia bersih. Daripada kau duk buat fitnah tak sudah, lebih baik kau settle EPF orang yang kau dah potong tapi TAK BAYAR,” ujarnya.
Dalam pada itu, Jep menegaskan dia sentiasa mengambil berat soal sumber pendapatan yang diterimanya dan mendakwa dirinya bukan individu yang mengambil hak orang lain.
“Aku bukan jenis yang makan hak orang bro. InsyaAllah aku sangat jaga sumber yang aku dapat
“Aku ingat jual air sale 150 juta dah boleh hidup tenang dah.
“Macam-macam orang dah kau kumpul kat podcast kau untuk burukkan aku, tu pun masih tak tenang ke?” katanya lagi.
Mengakhiri kenyataannya, Jep berkata dia tidak mahu lagi terlibat dengan konflik berkenaan dan meminta supaya kehidupannya tidak diganggu.
Malah, dia menegaskan kini mahu memberikan perhatian kepada dua anaknya yang dianggap sebagai ‘anak syurga’.
Berikut perkongsian penuh Jep Sepahtu: