Sekilas
- Sissy Imann berkongsi video lucu ketika gagal menahan bersin semasa mengacara bersama Haidar Hasanudin.
- Dia cuba mengekalkan ekspresi wajah tetapi akhirnya bersin secara tiba-tiba yang mencuit hati penonton.
- Reaksi terkejut Haidar selepas Sissy bersin mendapat perhatian dan menghiburkan netizen di media sosial.
Penyanyi dan pengacara, Sissy Imann berkongsi momen mencuit hati ketika mengendalikan sebuah program bersama pelakon, Haidar Hasanudin.
Menerusi perkongsian di media sosial, Sissy memuat naik video pendek ketika dia sedang mengacara sebelum secara tiba-tiba gagal menahan bersin.
Menurut Sissy, antara cabaran sebagai seorang hos adalah perlu menahan bersin ketika sedang menjalankan tugas, namun percubaannya untuk menahan bersin dan mengekalkan ekspresi wajah akhirnya gagal.
“Antara cabaran jadi hos adalah menahan bersin setuju tak? hahahah dah cuba tahan sambil maintain muka tapi gagal akhirnya.
“Sorry @haidarhasanudin kesian dia tanjat. nasib baik recording!”tulisnya.
Namun, apa yang lebih mencuri perhatian netizen adalah reaksi Haidar yang kelihatan terkejut selepas Sissy bersin secara tiba-tiba.
Gelagat spontan Haidar itu turut mengundang tawa netizen yang rata-rata terhibur melihat reaksinya.
Malah ada netizen yang mengusik Haidar dan mengatakan dia seolah-olah ‘loading’ beberapa saat sebelum tersedar dengan apa yang berlaku.