Skip to main content

Hiburan

Siti Nurhaliza Terima Pengiktirafan ASEAN Records Dan Asia Records, Dua Konsert Himpun 145,000 Penonton

Siti Nurhaliza Terima Pengiktirafan ASEAN Records Dan Asia Records, Dua Konsert Himpun 145,000 Penonton

Sekilas

  • Datuk Seri Siti Nurhaliza telah disenaraikan dalam ASEAN Records dan Asia Records melalui dua rekod berkaitan konsert solonya.
  • Konsert Legasi 30 dan Gema Bumantara mencatat jumlah penonton gabungan terbesar iaitu 145,000 dalam tempoh 10 bulan bagi artis rakaman berbahasa Melayu.
  • Gema Bumantara juga diiktiraf sebagai konsert solo muzik tradisional terbesar dan paling ramai penonton oleh artis rakaman wanita dengan kehadiran 73,000 penonton.
Advertisement

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencipta pencapaian membanggakan apabila disenaraikan dalam ASEAN Records dan Asia Records menerusi dua rekod berkaitan penganjuran konsert solonya.

Pengiktirafan tersebut merangkumi jumlah penonton gabungan terbesar bagi dua konsert solo stadium oleh artis rakaman berbahasa Melayu serta konsert solo muzik tradisional terbesar dan paling ramai penonton oleh artis rakaman wanita.

Bagi rekod pertama, Konsert Legasi 30 yang berlangsung pada 10 Januari lalu dan Gema Bumantara pada 17 Oktober lalu menghimpunkan keseluruhan 145,000 penonton dalam tempoh 10 bulan.

Pencapaian itu meletakkan kedua-dua persembahan berkenaan sebagai pemegang rekod jumlah penonton gabungan terbesar bagi dua konsert solo stadium oleh artis rakaman berbahasa Melayu.

Sementara itu, Gema Bumantara turut mencatat rekod tersendiri apabila menerima kehadiran 73,000 penonton.

Konsert tersebut menyaksikan Siti mempersembahkan 34 lagu tradisional sepanjang tiga jam 30 minit pada 17 Oktober lalu.

Persembahan berkenaan diiktiraf sebagai konsert solo muzik tradisional terbesar dan paling ramai penonton oleh artis rakaman wanita.

Pengiktirafan itu diterima pada Malam Apresiasi Konsert Legasi 30 dan Konsert Gema Bumantara yang berlangsung malam tadi.

Anda mungkin berminat dengan

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

JDT Worldwide 1070

JDT Worldwide 1070

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

Must Watch Video

Advertisement