Skip to main content

Hiburan

“Sudah Tiba Masanya” – Tiga Tahun Ikhtiar Zuriat, Elizabeth Tan Jalani Rawatan IVF

“Sudah Tiba Masanya” –  Tiga Tahun Ikhtiar Zuriat, Elizabeth Tan Jalani Rawatan IVF

Sekilas

  • Elizabeth Tan berkongsi pengalamannya menjalani rawatan IVF selepas tiga tahun berusaha mendapatkan cahaya mata.
  • Dia menjalani prosedur pembekuan telur di pusat rawatan kesuburan dengan sokongan suaminya, Siew Jim.
  • Elizabeth memohon doa daripada orang ramai dan sebelum ini pernah mencuba rawatan IUI sebanyak dua kali tanpa hasil.
Advertisement

Penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan berkongsi perjalanan menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) sebagai salah satu ikhtiar untuk menimang cahaya mata selepas tiga tahun mencuba.

Menerusi perkongsian di media sosial, Elizabeth atau nama penuhnya Elizabeth Tan Su Mei memaklumkan dia hadir ke sebuah pusat rawatan kesuburan untuk menjalani prosedur pembekuan telur.

Advertisement

“Hari ini saya di pusat IVF. Saya rasa sudah tiba masanya selepas tiga tahun kami berusaha untuk dapatkan zuriat.

“Jadi, kita bekukan telur saya,” katanya.

Dalam video sama, suaminya, Siew Jim turut dilihat menemani Elizabeth sepanjang proses berkenaan.

Advertisement

“Jangan tanya saya gementar atau tidak. Sudah tentu saya gementar, tapi prosesnya sangat mudah.

“Suami saya seorang yang sangat menyokong,” ujarnya.

Elizabeth turut memohon orang ramai mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan dalam usaha mendapatkan cahaya mata.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa dan kata-kata semangat buat penyanyi berusia 32 tahun itu bersama suaminya.

Sebelum ini, Elizabeth pernah menjalani rawatan kesuburan intrauterine insemination (IUI) sebanyak dua kali namun masih belum dikurniakan rezeki menimang cahaya mata.

Untuk rekod, Elizabeth mendirikan rumah tangga dengan Siew Jim pada 21 Mac 2021.

Anda mungkin berminat dengan

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

KGT CARGO Bamboo Slack P2 Cargo Bertali Baggy Cutting Scuba 4 POCKETS Ladies Cargo Slack Pants 1936

KGT CARGO Bamboo Slack P2 Cargo Bertali Baggy Cutting Scuba 4 POCKETS Ladies Cargo Slack Pants 1936

1258 LATIFF Safety Shoes Kasut Kerja Anti Slip Anti Smash Protective Steel Lightweight Kasut Lelaki Toe Cap

1258 LATIFF Safety Shoes Kasut Kerja Anti Slip Anti Smash Protective Steel Lightweight Kasut Lelaki Toe Cap

Eucerin Spotless Brightening Cleansing Foam 50g/150g | Brighten & Cleanse | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

Eucerin Spotless Brightening Cleansing Foam 50g/150g | Brighten & Cleanse | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

PUMA Unisex Ascenso Sneakers (White-Gray)

PUMA Unisex Ascenso Sneakers (White-Gray)

[guyumao] Women Large Statement 3D Layered Golden Flower Brooch Bold Retro Statement Elegant Collar Accessory For Party Wedding Daily Wear MY

[guyumao] Women Large Statement 3D Layered Golden Flower Brooch Bold Retro Statement Elegant Collar Accessory For Party Wedding Daily Wear MY

Must Watch Video

Advertisement