Skip to main content

Selebriti

Syuk Tolak Ajakan Tomok Dengan Baik, Tiada Masalah Dengan New Boyz – “Maaf… Aku Tak Merajuk, Kita Tak Bergaduh Pun”

Syuk Tolak Ajakan Tomok Dengan Baik, Tiada Masalah Dengan New Boyz – “Maaf… Aku Tak Merajuk, Kita Tak Bergaduh Pun”

Sekilas

  • Syuk, bekas pemain bass New Boyz, memohon maaf dan menegaskan tiada masalah dengan kumpulan tersebut.
  • Syuk menjelaskan dia sudah tidak berminat menyertai New Boyz tetapi tetap mendoakan kejayaan Tomok dan rakan-rakan.
  • Tomok mengakui usaha mencari Syuk sejak 2009-2010 gagal walaupun sudah menghubungi keluarga Syuk.
Advertisement

Bekas pemain bass kumpulan New Boyz iaitu Syuk memohon maaf dan menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan kumpulan tersebut.

Sebaliknya kata Syuk atau nama sebenarnya Mohd. Syukri Mohd. Shanushi, dia cuma sudah tidak berminat lagi untuk menyertai New Boyz namun tetap mendoakan yang terbaik buat Tomok dan rakan-rakan lain.

Advertisement

“Assalammualaikum, maaf Tomok, aku tak merajuk dan kita tak bergaduh pun. Aku just tak berminat nak join.

“Terima kasih sebab invite aku untuk join konsert. Aku doakan New Boys sukses selalu dan konsert berjalan dengan lancar,” maklumnya.


 

Advertisement

Terdahulu, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 40, berkata, usahanya untuk mencari Syuk masih gagal sejak September lalu.

Kata Tomok, kali terakhir dia menghubungi Syuk sekitar 2009 atau 2010.

Bagaimanapun, Tomok tetap melakukan pelbagai usaha untuk menjejaki Syuk termasuk menghubungi ibu Syuk meskipun tidak menemui sebarang jawapan.

Anda mungkin berminat dengan

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Must Watch Video

Advertisement