Skip to main content

Hiburan

Tahap Pendidikan Ibu Diperlekeh, Anak Pertahan Raja Azura - “Jangan Downgrade Mama Saya Macam Tu…”

Tahap Pendidikan Ibu Diperlekeh, Anak Pertahan Raja Azura - “Jangan Downgrade Mama Saya Macam Tu…”

Sekilas

  • Puteri Mira Maizurah tampil mempertahankan ibunya, Raja Azura, selepas ada individu memperlekeh tahap pendidikan ibunya di media sosial.
  • Mira menjelaskan walaupun ibunya hanya berpendidikan sehingga SPM, Raja Azura berjaya membesarkan anak-anaknya dengan baik dan berpendidikan tinggi.
  • Raja Azura dan Keanu Azman sebagai pengacara Kilauan Emas Selebriti menerima pelbagai reaksi, dan Keanu memohon maaf jika gaya pengacaraannya kurang menyerlah.
Advertisement

Anak kepada pengacara dan pelakon, Raja Azura iaitu Puteri Mia Maizura menyorot perhatian apabila tampil mempertahankan ibunya selepas seorang individu tampil membuat hantaran yang menyentuh mengenai latar belakang pendidikan ibunya itu di media sosial.

Menerusi Threads, individu terbabit memuat naik hantaran yang dilihat memperlekeh serta membandingkan tahap pendidikan Raja Azura sambil menyarankan pasangan pengacara kepada wanita iti di Kilauan Emas Selebriti iaitu Keanu Azman untuk mencuba mencari peluang di tempat lain.

Advertisement

“Raja Azura tak ada pendidikan. Kita jangan tipu level dia di mana,” tulis individu berkenaan.

Perkongsian itu kemudiannya mendapat respon daripada Mia yang meminta agar individu berkenaan tidak sewenangnya memperlekeh tahap pendidikan ibunya.

Ujar Mia, meskipun ibunya hanya mendapat pendidikan sehingga peringkat SPM namun, telah banyak berjasa dalam membesarkannya bersama dua beradiknya yang lain.

“Assalamualaikum, saya anak Kak Engku. Saya faham mama saya berpendidikan sampai SPM sahaja tapi mama saya berjaya didik saya dan abang-abang saya menjadi manusia dan berpendidikan tinggi.

“Tanpa dia saya tidak akan berada di sini :) Cukup sekadar teguran. Saya dan mama saya boleh terima. Tapi jangan downgrade mama saya macam tu,” komen Mia.

Terdahulu, gandingan Raja Azura dan Keanu sebagai pengacara menjadi perhatian ramai apabila rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi, sama ada positif mahupun berbentuk kritikan.

Keanu kemudiannya mengakui masih dalam proses membina keserasian bersama Raja Azura dan memohon maaf sekiranya gaya pengaraannya disifatkan sebagai kurang menyerlah.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement