Skip to main content

Hiburan

“Tak Ada Jerit Pun…” - Aina Abdul Luah Kisah Cinta Jarak Jauh Dalam ‘Berjauhan’

Astrogempak Aina Abdul

Sekilas

  • Aina Abdul baru saja melancarkan single terbaharu berjudul Berjauhan yang lebih santai dan sesuai untuk yang susah tidur malam.
  • Lagu ini ciptaan sepenuhnya Aina sendiri dan diinspirasikan daripada pengalaman peribadinya melalui hubungan jarak jauh (LDR).
  • Berjauhan adalah buah tangan terbaru Aina untuk tahun 2026 selepas dua lagu yang dilancarkan pada 2025, termasuk duet bersama Amir Jahari.
Advertisement

Penyanyi dan komposer, Aina Abdul kembali mencuri perhatian peminat apabila melancarkan single terbaharunya berjudul Berjauhan.

Menerusi satu hantaran di Threads, Aina mengajak orang ramai untuk mendengar lagu tersebut yang disifatkan sebagai lebih santai.

Advertisement

“Dah dengar lagu baru saya? Baru je release. Sumpah soothing, tak ada jerit pun. Sesuai untuk yang susah tidur malam macam saya,” tulisnya.

Single ini juga merupakan hasil ciptaan sepenuhnya oleh Aina sendiri.

Dalam masa sama, Aina turut berkongsi bahawa lagu tersebut diinspirasikan daripada pengalaman peribadinya melalui hubungan jarak jauh (LDR).

“Hubungan jarak jauh (LDR)… saya pernah melaluinya. Bukan sesuatu yang mudah untuk saya. Jadi saya luahkan pengalaman itu melalui sebuah lagu,” ujarnya. 

Berjauhan menjadi buah tangan terbaharu Aina bagi tahun 2026 selepas melancarkan dua buah lagu iaitu Sesaat dan Ayuh Pulang, sebuah lagu duet bersama Amir Jahari pada tahun 2025.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement