Skip to main content

Hiburan

Tak Ada Surau Di RnR London, Rita Rudaini & Anak-Anak Plih Solat Tepi Mesin ATM - “Orang Sini Senyum Saja, Tak Ada Pandang Sinis”

Rita Rudaini

Sekilas

  • Pelakon Rita Rudaini berkongsi pengalaman menunaikan solat Subuh di tepi mesin ATM di sebuah R&R di London kerana tiada surau disediakan.
  • Rita dan anak-anaknya mendapat sambutan mesra daripada pekerja dan orang ramai yang hanya tersenyum tanpa sebarang reaksi negatif.
  • Rita menegaskan pentingnya bersikap baik dan menghormati semua agama tanpa mengira perbezaan.

Pelakon Rita Rudaini berkongsi momen ketika dia sedang bercuti bersama dua orang anak lelakinya iaitu Rayyan dan Airit Qaqa Arjuna di London. 

 

Menerusi perkongsian di IG, Rita memberitahu mereka singgah di sebuah kawasan Rehat dan Rawat (R&R) bagi menunaikan solat Subuh namun kawasan tersebut tidak menyediakan surau.

 

Bagaimanapun, Rita dan anak-anak mengambil keputusan untuk menunaikan solat di tepi mesin juruwang automatik (ATM) yang terletak berhampiran sebuah kedai runcit. 

 

“Perjalanan hari ini (Isnin) dua jam setengah. Singgah RnR nak subuh… sini tak ada surau tapi mommy cari port baek punya, tepi ATM mesin,” kongsinya. 

 

Pada perkongsian yang sama, Rita turut mendedahkan tiada pandangan sinis apatah lagi reaksi negatif sebaliknya, pekerja dan orang ramai hanya tersenyum melihat mereka menunaikan solat. 

 

“Tengah mommy solat, kedai depan mula beroperasi. Depa buka kedai… orang-orang sini senyum saja. Tak marah, tak ada nak pandang sinis ke.

 

“Begitulah adab… tak kira apa pun agama. Be kind to everybody,” tulisnya lagi. 

 

 

View this post on Instagram

 

 

 

 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Must-Watch Video

Advertisement