Pelakon, Eira Syazira Akui Tidak Mudah Untuknya Dan Suami Untuk Membesarkan Anak-Anak Khusunya Anak Sulungnya, Amarra Sofea Rose Yang Sedang Meniti Usia Remaja.
Namun, Jelas Eira Dia Memilih Untuk Menjadikan Anak-Anak Sebagai Kawan Agar Mereka Lebih Terbuka Dalam Berkomunikasi.
“Sudah Tentu Ada Cabaran, Lebih-Lebih Lagi Dengan Amarra Yang Semakin Meningkat Remaja. Dia Jadi Kebanggaan Kami Kerana Aktif Di Sekolah, Dilantik Sebagai Pengawas, Dinobatkan Sebagai Olahragawati Dan Juga Mewakili Malaysia Dalam Pertandingan World Of Dance.
“Saya Dan Suami Sentiasa Berpesan Kepadanya. Saya Cuba Jadikan Anak Sebagai Kawan Sebab Dunia Sekarang Penuh Kerisauan. Zaman Dia Membesar Sangat Berbeza Dengan Zaman Saya Dahulu,” Katanya.
Dalam Pada Itu, Eira Turut Berkongsi Bahawa Suaminya, Azad Jasmin Sangat Tegas Dalam Mendidik Anak-Anak Namun Penuh Dengan Kasih Sayang.
Advertisement
“Di Rumah, Azad Memang Tegas Dengan Anak-Anak. Biasalah, Bila Ditegur Mereka Menangis. Tapi Sebenarnya Dia Seorang Ayah Yang Penyayang. Itu Proses Kami Sebagai Ibu Bapa – Melalui Fasa Ini Dengan Menekankan Komunikasi Bersama Anak-Anak,” Jelasnya.
Dalam Perkembangan Lain, Eira Kini Sibuk Mempromosikan Lagu Bawang Merah Bawang Putih, Ciptaan Penuh Trisuaka Dengan Susunan Muzik Oleh Ardy Goliath.
Sekadar Info, Eira Dan Azad Mendirikan Rumah Tangga Pada 16 September 2011 Dan Dikurniakan Tiga Orang Cahaya Mata Perempuan, Iaitu Amarra Sofea Rose, Ameisya Leann Rose Dan Areisya Suri Rose.