Ringkasan AI
- Zizan Razak sekali lagi buat kejutan dengan hadiahkan kereta idaman kepada abangnya, Hafiza Razak.
- Hafiza luahkan rasa syukur dan terima kasih kepada Zizan dan ibu mereka atas hadiah yang tidak disangka itu.
- Video reaksi Hafiza di TikTok tunjukkan keakraban dan kasih sayang keluarga mereka.
- Netizen puji Zizan yang sentiasa utamakan keluarga dan tidak berkira dengan abangnya.
- Sebelum ini, Zizan juga pernah hadiahkan motosikal Yamaha Xmax 250 kepada abangnya sebagai tanda penghargaan.
Lagi sekali pelakon dan pelawak Zizan Razak membuat kejutan kepada abangnya iaitu Hafiza Razak dengan menghadiahkan kereta idaman.
Menerusi perkongsian video di TikTok Hafiza meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada adik dan ibunya atas hadiah yang tidak disangkakan.
“Cakap nak buat tinted kereta dia, jadi aku masuk la… tiba-tiba cakap ‘surprise’. Tu dia kereta idaman aku. Tak tahu nak menangis ke apa.
“Aduhai Zizan Razak dan ibuku. Yay dia dah jadi milikku. Alhamdulillah. Terima kasih adik dan ibuku,” tulisnya.
Rata-rata netizen turut berasa sebak melihat keakraban Zizan dengan abangnya selain memuji pelawak itu yang sentiasa mengutamakan keluarga.
“Zan! Kau tak kahwin tak apa. Memang betul-betul mewahkan adik-beradik, mak dan keluarga kau dulu. Salute la.
“Dia kerja keras, utamakan ibu dan langsung tak berkira dengan abangnya. Mungkin Allah lambatkan jodoh dia tapi dia tak sia-siakan peluang ‘tabur pahala’ pada darah dagingnya.
“Definisi senangkan adik-beradik dulu. Tahniah Zizan,” komen netizen.
Sebelum ini, Zizan pernah menghadiahkan sebuah motosikal, iaitu Yamaha Xmax 250, kepada abangnya sebagai tanda penghargaan pada awal November 2023.
@hafizarazak869 Alhamdulillah ya ALLAH… Terima kasih my adik @ZIZAN RAZAK dan ibuku @RatuEliz57 ♬ original sound - Hafiza Razak | Abg Print Baju