Skip to main content

Hiburan

Tak Pernah Lokek Ilmu, Fizo Omar Sebak Kenang Jasa Along Eyzendy - “Arwah Inilah Yang Bimbing Kami Masa Masih Hijau...”

ccv

Sekilas

  • Pelakon Fizo Omar mengenang jasa Allahyarham Along Eyzendy yang banyak membimbingnya ketika mula berlakon dalam drama Bionik.
  • Fizo memuji sifat tenang, sabar dan hati mulia Along yang tidak lokek berkongsi ilmu sepanjang hayatnya.
  • Along Eyzendy meninggal dunia di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, dan pemergiannya memberi kesan mendalam kepada rakan-rakan dalam industri seni.

Pelakon Fizo Omar mengenang jasa dan kenangan bersama Allahyarham Along Eyzendy yang disifatkan sebagai seorang insan berhati mulia serta tidak pernah lokek berkongsi ilmu sepanjang hayatnya.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Fizo meluahkan rasa sedih atas pemergian sahabat seperjuangan itu yang banyak membimbingnya ketika mula melangkah ke dunia lakonan.

“Al-Fatihah… Perginya seorang sahabat yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata betapa baik hatinya dan tidak pernah lokek ilmunya.

“Banyak kenangan bersama arwah ketika kami baru hendak mula berlakon dalam drama Bionik. Arwah Along inilah yang banyak membimbing dan memberi semangat kepada kami yang masih hijau ketika itu,” tulisnya.

Menurut Fizo, Allahyarham dikenali sebagai seorang yang sentiasa tenang dan sabar dalam menghadapi apa jua cabaran.

“Sentiasa tenang dan sabar, itulah Along dalam setiap cabaran yang dilalui. Semoga Along kekal tenang di sana dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,” katanya lagi.

Pemergian Along Eyzendy nyata memberi kesan mendalam kepada rakan-rakan seperjuangan yang pernah bekerja rapat dengannya dalam industri seni.

Untuk rekod, Along Eyzendy dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Selangor kira-kira pukul 12.16 tengah malam, Ahad.

Khabar duka itu disahkan oleh isterinya, Hamidah Mohd Yatim, yang memaklumkan Allahyarham meninggal dunia di sisi ahli keluarga.

Anda mungkin berminat dengan

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Must Watch Video

Advertisement