Skip to main content

Selebriti

Tak Putus Asa Kuasai Bahasa Melayu & Dialek Utara, Adipati Dolken Buat Hampir 20 Video Casting Demi Mojoku Hilang! - “Saya Belum Pernah…”

Adipati

Sekilas

  • Pelakon Indonesia, Adipati Dolken, menghadapi cabaran besar untuk menguasai skrip dalam bahasa Melayu dan dialek Perlis bagi filem terbaharu, Mojoku Hilang!.
  • Adipati banyak dibantu oleh penulis skrip Honey Ahmad untuk memperbaiki pertuturan dan pemahaman watak sepanjang penggambaran di Kuala Lumpur.
  • Filem Mojoku Hilang mengisahkan Adi yang menyamar sebagai orang kampung untuk mendapatkan semula lembu Mojo dan akan ditayangkan di pawagam mulai 23 Julai.
Advertisement

Pelakon Indonesia, Adipati Dolken akui berdepan dengan cabaran untuk menguasai skrip kerana perlu bertutur dalam bahasa Melayu dan juga dialek negeri Perlis dalam filem terbaharu, Mojoku Hilang! arahan pengarah Min Lim.

Menurut Adipati, dia hampir berputus asa untuk bertutur dalam bahasa tersebut namun berterima kasih kepada pihak produksi kerana memberi kepercayaan kepadanya.

Advertisement

''Sewaktu diberi tawaran, skripnya agak mencabar kerana saya perlu bercakap dalam Bahasa Melayu dan saya belum pernah melakukannya sebelum ini.

“Jadi pada saya ini adalah peluang yang menarik. Saya juga keluar dari zon selesa saya sebagai seorang aktor dengan mengambil tawaran ini.

“Ketika menghantar video casting, saya melihat skripnya panjang dan agak sulit. Saya meminta sedikit waktu untuk memahami skrip ini dan belajar dialek.

“Saya buat hampir 20 video, malah pernah merasa putus asa dan hanya berserah sahaja. Tetapi ternyata mereka percaya bahawa saya boleh melakukannya dan kemudian saya dapat tawaran watak ini,” ujarnya.

Adipati berkata demikian ketika ditemui pada sidang media dan tayangan filem berkenaan yang berlangsung di TGV, KLCC baru-baru ini.


Berkongsi pengalamannya pertama kali terlibat dalam produksi Malaysia, Adipati berkata dia banyak dibantu oleh penulis skrip filem berkenaan iaitu Honey Ahmad, bagi memastikan pertuturannya dalam naskhah ini lancar dan difahami.

“Saya belajar secara terus dengan penulis skrip iaitu Honey Ahmad. Honey akan duduk di sebelah pengarah, jika saya salah saya akan diminta untuk melakukannya semula.

“Honey banyak membantu saya untuk mendalami skrip, cara pemahaman karakter dan lontaran dialog.

“Tidak terlalu lama untuk saya belajar, saya tiba di Kuala Lumpur pada akhir November tahun lalu dan terus mendalami skrip. Tetapi masalah utama saya adalah untuk menguasai dialek.

“Mereka memberi saya rating cara saya bercakap seolah-olah saya sudah berada di Malaysia untuk beberapa tahun.

“Contohnya, hari ini mereka kata cara saya bercakap seperti saya tinggal tiga tahun di sini dan sampailah saya diberi rating tinggi apabila sudah mula fasih,” jelasnya.

Mojoku Hilang mengisahkan Adi, lakonan Adipati Dolken, yang menyamar sebagai orang kampung untuk mendapatkan semula Mojo, seekor lembu yang menjadi rebutan selepas penduduk kampung bertindak 'menculiknya' bagi menghalang pengambilalihan tanah oleh sebuah syarikat.

Namun, misinya berubah apabila dia jatuh hati dengan Ayu, seorang gadis tempatan yang lantang menentang syarikat miliknya.

Selain Namron, filem itu turut dibintangi Adipati Dolken, Mimi Lana, Wan Hanafi Su, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Aziz M. Osman dan ramai lagi.

Mojoku Hilang merupakan terbitan Double Vision dengan kerjasama Astro Shaw, Mocha Chai Laboratories dan Argo Films, dan bakal ditayangkan di pawagam bermula 23 Julai.
 

Anda mungkin berminat dengan

Men's Slack Straight Cut Kain Cotton Seluar Slack Lelaki

Men's Slack Straight Cut Kain Cotton Seluar Slack Lelaki

3/5 Pcs Set New Solid Color Men's Briefs Men Underwear Male Triangle Trend Large Fashion Panties Seluar Dalam Lelaki

3/5 Pcs Set New Solid Color Men's Briefs Men Underwear Male Triangle Trend Large Fashion Panties Seluar Dalam Lelaki

Seluar Jeans Lelaki Cargo 6 Pocket Acid Wash Cargo Jeans kain ( Non Stretchable ) straight Cut Seluar Cargo Jeans

Seluar Jeans Lelaki Cargo 6 Pocket Acid Wash Cargo Jeans kain ( Non Stretchable ) straight Cut Seluar Cargo Jeans

🇲🇾 DESINCE Men Chino Smart Casual Relaxed Pant Straight Tapered Trouser Long Pant Seluar Panjang Lelaki Slack MP 068

🇲🇾 DESINCE Men Chino Smart Casual Relaxed Pant Straight Tapered Trouser Long Pant Seluar Panjang Lelaki Slack MP 068

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

Must Watch Video

Advertisement