Anak kepada pelakon, Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Danish Hakim mengakui tidak mengetahui secara terperinci mengenai kisah peribadi adiknya, Marissa Dania termasuk isu rumah tangganya.
Menurut Danish, meskipun hubungan mereka kelihatan rapat di mata umum hakikatnya adiknya itu sudah mempunyai kehidupan sendiri.
Advertisement
“Terus terang, saya banyak tak tahu sebenarnya pasal adik saya. Walaupun orang nampak kami rapat, tapi dia pun dah ada kehidupannya sendiri, begitu juga saya,” katanya kepada Gempak.
Danish berkata demikian ketika ditemui di acara Viu Royal Night yang berlangsung di W Factory, pada Khamis.
Menurut Danish, meskipun sebagai seorang abang dia patutnya lebih mengetahui keadaan sebenar namun katanya dia lebih memilih untuk menghormati ruang privasi Marissa.
“Adalah tahu sedikit, tapi saya tak boleh nak dedahkan sebab itu hak dia. Saya takut tersalah cakap. Bagi saya, lebih baik kalau benda macam ni biar Marissa sendiri yang jelaskan.
“Kalau pasal rumah tangga, saya cuba elakkan untuk tanya lebih-lebih. Saya tak nak rosakkan mental health dia. Apa yang mampu saya buat sekarang hanyalah berdoa untuk dia dan ahli keluarga lain,” jelasnya.
Mengulas mengenai kehidupannya yang sering menjadi perhatian media kerana status keluarga selebriti, Danish mengakui pada awalnya agak terkesan namun kini semakin terbiasa.
“Mula-mula terasa juga, tapi lama-kelamaan saya kena terima inilah kehidupan saya. Dah jadi macam makanan harian kita. Marissa pun seorang selebriti, jadi semua orang akan melihat dan menilai. Nak buat macam mana, memang tak boleh lari,” ujarnya.
Tambah Danish, beliau tidak mengetahui status terkini rumah tangga adiknya, malah percaya bapanya, Norman Hakim lebih layak untuk menasihati Marissa berhubung perkara itu.
Terdahulu, Marissa Dania mencuri perhatian apabila berkahwin dengan Ahmad Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember 2023 sebagai isteri kedua. Ketika itu, Ahmad Aslam sudah pun mempunyai seorang isteri, Umisya, serta tiga orang anak.