Skip to main content

Hiburan

Talk To My Manager 2: Bawa Lagu Toxicity Di Pentas Pertama, Althea Raih Pujian Netizen - “Hang Memang Rock Dik…”

Astrogempak ALTHEA

Sekilas

  • Althea dari Talk To My Manager 2 mencuri perhatian netizen selepas membawakan lagu Toxicity dari System Of A Down dengan penuh berani.
  • Program musim kedua ini menampilkan barisan pengurus dan artis popular seperti Adira, Dato’ Sri Vida, dan Nana Mahazan, dikendalikan oleh Aznil Nawawi bersama juri Sarimah Ibrahim dan AC Mizal.
  • Konsert Talk To My Manager 2 disiarkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria dan boleh distrim secara On Demand melalui Astro GO dan Sooka.

Bintang Talk To My Manager 2 (TTMM2), Althea berjaya menyorot perhatian netizen selepas mempersembahkan lagu Toxicity nyanyian asal kumpulan rock, System Of A Down.

Menerusi hantaran di Threads, seorang individu memuji keberanian Althea membawakan lagu tersebut lebih-lebih lagi pada usia muda.

“Saja lah layan Talk To My Manager, berani betul ek Althea bawa lagu ni. Tapi hang memang rock dik, korang rasa approve tak?” tulis individu tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dan merasakan dia sudah lakukan yang terbaik dalam menyampaikan lagu tersebut.

Antara barisan pengurus artis yang bertanding untuk musim kedua adalah Adira dan Anggrek, Ani Maiyuni dan Viviana, Datuk A. Aida dan Azeva, Dato’ Fazley dan Fariedz Fazley.
 

Malah TTMM2 juga menyaksikan penyertaan Dato’ Sri Vida dan Cik B, Jamilulhayat dan Hussain, Linda Jasmine dan Ratu, Nana Mahazan dan Althea, Pak Azad dan Amarra, serta Safura dan Kim Khairii. 
 

Program ini dikendalikan oleh pengacara legenda, Aznil Nawawi, bersama barisan juri ternama iaitu Sarimah Ibrahim dan AC Mizal.

Setiap pasangan ‘pengurus-artis’ dinilai secara keseluruhan dengan pecahan 60 peratus untuk pengurus dan 40 peratus untuk artis.
 

Saksikan konsert Talk To My Manager 2 setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.
 

Program ini juga boleh distrim secara On Demand menerusi aplikasi Astro GO dan Sooka.


 

Anda mungkin berminat dengan

Ceramic Plate

Ceramic Plate

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

Must-Watch Video

Advertisement