Skip to main content

Hiburan

Talk To My Manager 2: Kata-Kata Itu Doa! Cik B ‘Nampak’ Aura Juara Anggrek Sejak Pertemuan Pertama - "Saya Dah Agak..."

Astrogempak CIK B (1)

Sekilas

  • Cik B dari Talk To My Manager 2 berkongsi video pertama kali bertemu Anggrek, anak penyanyi Adira Suhaimi, dan meramalkan Anggrek bakal jadi juara.
  • Netizen memuji ramalan Cik B yang dianggap sebagai doa, selepas Anggrek benar-benar muncul sebagai juara TTMM2.
  • Hubungan rapat Cik B dan Anggrek sepanjang pertandingan mendapat perhatian, dengan Cik B menganggap Anggrek seperti adik sendiri.
Advertisement

Bintang Talk To My Manager 2 (TTMM2), Cik B menyorot perhatian netizen selepas berkongsi sebuah video ketika pertama kali berjumpa dengan anak kepada penyanyi, Adira Suhaimi iaitu Anggrek.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, Cik B mendedahkan dia sudah mempunyai firasat Anggrek bakal muncul sebagai juara.

Advertisement

“Masa first time jumpa Anggrek, Cik B dah agak yang dia akan menjadi JUARA!!,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan kata-kata Cik B seolah-olah menjadi doa buat Anggrek.

“DSV cakap mulut Cik B masin... betul-betul juara Cik B... tahniah juga untuk Cik B,” tulis seorang netizen.

“Masin mulut Cik B, doakan saya kaya raya Cik B,” seloroh seorang lagi.

“Termakbul doa Cik B... adiknya juara,” komen seorang pengguna media sosial.

“Masin mulut Cik B, Anggrek betul-betul juara TTMM2. Love Cik B,” tulis seorang peminat.

Tidak kurang juga yang percaya setiap ungkapan yang baik merupakan satu doa.

“Kata-kata itu satu doa.”

“Doa Cik B termakbul.”

“Kata-kata itu satu doa. Cik B dah ramal dari awal, kita saja yang lalai,” antara komen yang ditinggalkan netizen.

Hubungan akrab yang terjalin antara Cik B dan Anggrek sepanjang pertandingan TTMM2 sememangnya mendapat perhatian ramai. 

Malah sebelum ini, Cik B pernah mengakui dia menganggap Anggrek seperti adik sendiri selepas menghabiskan lebih 10 minggu bersama dalam program berkenaan.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement