Skip to main content

Hiburan

Talk To My Manager 2: Nana Mahazan Janji Jadi ‘Backbone’, Tak Rela Anak Hadapi Tekanan Sendiri - " I’ve Been Through It Myself"

Astrogempak NANA MAHAZAN

Sekilas

  • Nana Mahazan sebak mendengar anaknya, Althea, menyanyikan lagu The Only Exception dalam sesi suai kenal program Talk To My Manager 2 (TTMM2).
  • Nana risau dengan cabaran yang bakal dihadapi Althea dalam industri hiburan, namun yakin anaknya akan sentiasa mendapat sokongan keluarga dan rakan terdekat.
  • Talk To My Manager 2 akan bersiaran mulai 19 April 2026 di Astro Ria, menampilkan 10 pasangan ‘Manager Artis’ dan pengacara Datuk Aznil Hj Nawawi.

Pengacara dan penyampai radio, Nana Mahazan mengakui sebak sewaktu mendengar anaknya, Althea menyanyikan lagu The Only Exception sewaktu sesi suai kenal program Talk To My Manager 2 (TTMM2).

Menurut Nana, perasaan itu hadir bukan sahaja kerana melihat anaknya semakin membesar, tetapi juga memikirkan cabaran yang bakal dihadapi dalam industri hiburan selepas menyertai program itu nanti.

“Memang Althea pilih lagu apa dia nak bawa dan mummy ada untuk support sahaja. Tapi tak tahu kenapa bila dia nyanyi saya sebak. Mungkin sebab tengok dia dah besar, tapi lebih kepada fikir adakah dia bersedia dengan dunia yang tak selalunya indah ini.

“Peluang ini akan membuka ruang untuk orang menilai dan bercakap tentang dia. I’ve been through it myself tapi bila bayangkan Althea kena lalui perkara yang sama, hati saya sedikit hancur,"katanya.

Walau bagaimanapun, Nana menegaskan bahawa Althea tidak bersendirian dan akan sentiasa dikelilingi sistem sokongan yang kuat daripada keluarga dan orang terdekat.

“Tapi tak apa, mummy akan sentiasa ada. Daddy, Aagib, kawan-kawan, sekolah semua akan support dia. Jangan lebih-lebih ya korang… nanti ‘manager babab’. Moga Althea kuat, sekuat mummy,” ujarnya lagi.

Nana juga percaya bahawa usaha dan komitmen yang diberikan dengan penuh keikhlasan akan dipermudahkan oleh Tuhan.

“Saya percaya dengan usaha, beri komitmen penuh dan mudahkan urusan orang lain, insya-Allah Allah akan permudahkan urusan kita.

“Saya percaya pada Althea. Saya tahu dia mampu dan saya akan sentiasa ada di sini membimbing, menyokong dan menyayanginya setiap langkah,” tambahnya. 

Talk To My Manager 2 kembali dengan menyaksikan penyertaan 10 pasangan ‘Manager Artis’ iaitu Adira & Anggrek, Ani Maiyuni & Viviana, Datuk A. Aida & Azeva, Dato’ Fazley & Fariedz Fazley, Dato’ Sri Vida & Cik B, Jamilulhayat & Hussain, Linda Jasmine & Ratu, Nana Mahazan & Althea, Pak Azad & Amarra, serta Safura & Kim Khairii.

Musim kali ini turut menyaksikan kembalinya Datuk Aznil Hj Nawawi sebagai pengacara, bersama barisan juri Che Puan Sarimah dan Dato’ AC Mizal, yang terus tampil dengan kepakaran, panduan serta karisma tersendiri dalam memeriahkan program ini.

Talk To My Manager Musim 2 akan mula bersiaran pada 19 April 2026, jam 9 malam, secara langsung di Astro Ria (saluran 104).

Para peminat boleh strim Musim 2 serta menikmati kandungan eksklusif Talk To My Manager secara On Demand di Astro GO dan sooka, atau melanggan Pek Astro One bermula dari RM49.99* untuk pengalaman penstriman lancar dan hiburan tanpa henti.

Layari Astro di astro.com.my atau hubungi Astro menerusi WhatsApp di 03 9543 3838 untuk maklumat lanjut.

Sumber: Instagram Nana Mahazan
 

Anda mungkin berminat dengan

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

HABIB Songket Collection

HABIB Songket Collection

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

Corolla Soft New Shoes

Corolla Soft New Shoes

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

Must-Watch Video

Advertisement