Skip to main content

Hiburan

Talk To My Manager 2: Pulang Terlalu Awal, Althea Mahu ‘Recharge’ & Kembali Ke Minat Asal - “Saya Tak Jangka…”

Astrogempak ALTHEA (1)

Sekilas

  • Althea kecewa selepas tersingkir awal dari Talk To My Manager 2 walaupun menjangkakan dapat bertahan hingga minggu keempat.
  • Selepas penyingkiran, Althea bercadang untuk berehat seketika dan kembali fokus pada minat seperti menjahit dan meluangkan masa dengan kawan-kawan.
  • Pengurusnya, Nana Mahazan, yakin Althea masih mempunyai potensi besar dan akan terus menyokong perjalanan seni Althea selepas ini.

Bintang Talk To My Manager 2 (TTMM2), Althea meluahkan rasa kecewa selepas tersingkir awal daripada program tersebut. 

Menurut Althea, penyingkiran pada peringkat awal itu agak sukar untuk diterima, apatah lagi dia sudah meletakkan jangkaan untuk bertahan sekurang-kurangnya sehingga minggu keempat.

“Saya rasa agak kecewa sebab keluar terlalu awal, sedangkan saya tak jangka begitu. Saya ingat mungkin minggu keempat baru akan tersingkir. Rasa macam terlalu cepat untuk saya… tapi saya dah buat yang terbaik,” katanya.

Selepas penyingkiran, Althea merancang untuk mengambil sedikit masa berehat sebelum kembali fokus kepada minat dan aktiviti yang sebelum ini terpaksa ditangguhkan.

“Saya rasa nak ambil rehat sekejap. Kembali buat apa yang saya suka sebab ada banyak benda yang saya tak sempat buat sebelum ini, seperti menjahit dan meluangkan masa keluar bersama kawan-kawan sekolah,” ujarnya.

Sementara itu, selaku pengurus, Nana Mahazan percaya Althea masih mempunyai banyak potensi yang belum sempat ditonjolkan sepanjang berada di pentas TTMM2.

Tambah Nana, perjalanan sebenar Althea dalam dunia seni baru sahaja bermula dan dia akan terus memberi sokongan penuh terhadap apa sahaja perancangan Althea selepas ini.

“Saya rasa dia ada banyak lagi yang dia nak tunjukkan, tapi belum sempat dipersembahkan. Tapi tak mengapa, ini baru permulaan. Pertandingan ini hanyalah satu platform. 

“Selepas ini kita boleh rancang apa yang dia nak buat. Ini ‘real world’ dan saya akan tetap menyokong dia. Saya masih pengurus dia,” jelasnya.

Anda mungkin berminat dengan

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

Ceramic Plate

Ceramic Plate

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Must-Watch Video

Advertisement