Skip to main content

Hiburan

Talk To My Manager 2 Recap: Persembahan Cik B Mega , Amarra Lupa Lirik… Althea Pula Tersingkir, Jom Semak Komen Minggu Ketiga

Astrogempak TTMM2 (3)

Sekilas

  • Nana Mahazan dan Althea menjadi bintang pertama tersingkir dari Talk To My Manager 2 selepas mendapat markah 58.67% dengan lagu Halaman Cinta.
  • Ani Mayuni dan Viviana kekal di kedudukan pertama untuk dua minggu berturut-turut dalam pertandingan tersebut.
  • Para juri memberikan komen positif dan kritikan membina kepada semua peserta, menekankan aspek vokal, persembahan, dan pemilihan lagu.

Pentas Talk To My Manager 2 (TTMM2), menyaksikan Nana Mahazan & Althea menjadi bintang pertama yang tersingkir dariada program tersebut. 

Menyanyikan lagu Halaman Cinta nyanyian asal Misha Omar, Nana dan Althea hanya berpuas hati dengan markah 58.67% daripada barisan juri. 

Selain Nana Mahazan dan Althea, turut berada di tangga tiga terbawah adalah Adira dan Anggrek serta Dato’ Fazley dan Fariedz Fazley. 

Sementara itu, pasangan Ani Mayuni dan Viviana pula berjaya mengekalkan kedudukan pertama mereka dua minggu berturut-turut. 

Mari kita recap komen untuk semua bintang Talk To My Manager 2 minggu ketiga: 

Jamilulhayat X Hussain - Ku Ke Udara Lagi

Datuk AC Mizal: Vokal tiada masalah, memang sedap di dengar. Pergerakan itu agak terpaksa. 
Satu cubaan yang sangat bagus tapi tak perlu malu sebab ini persembahan, enjoy sahaja. Nyanyian anda dah okay. Awak boleh pergi jauh tapi perlu banyak berlatih. 

Sarimah Ibrahim: Bila ada bakat macam ni, tak perlu ubah. Suara dia ada identiti sendiri. 

Adira X Anggrek - Diam Diam Jatuh Cinta

Sarimah Ibrahim: I love you. Keyakinan you lagi besar dari badan you. Tahniah awak buat baik sangat, well done!


Dato’ A.Aida X Azeva - Gadis Dan Bunga 

Datuk Ramli M.S: Kamu punya tone suara yang sangat jernih, perlu belajar. Saya tak dengar suara kamu macam orang-orang lain. 


Linda Jasmine X Ratu - Thriller 

Datuk AC Mizal: Pilihan AI untuk lagu ni on spot, sebab awak dapat bantu artis anda. Untuk vokal, kena perbaiki lagi, tapi minggu ini lebih baik daripada dua minggu lepas. Banyak kena perbaiki, tapi persembahan hari ni baik. Bila pilih genre blues kena lay back sikit, not perfect but a good effort. 


Nana Mahazan X Althea - Halaman Cinta 

Sarimah Ibrahim: Saya rasa nak nangis, secara jujur. Saya tengok apa yang Nana lalui dan lihat mana awak sekarang. Apa yang saya suka pasal Althea. Awak menceritakan sesuatu dengan pilihan lagu awak, tapi saya tak berapa pasti dengan arrangement lagu ini. 


Dato’ Sri Vida X  Cik B - Bila Cinta Didusta

Datuk Ramli M.S: Anak DSV nampak mega untuk visual! Tapi Datuk melodi tiada, tapi tak mengapa sebab dia baru dalam nyanyian, cuma dia nampak mega. 

Datuk AC Mizal: Persembahan mega, tapi dari segi nyanyian penyanyi kena beri energy untuk bagi lagi menarik. 


Dato’ Fazley X Fariedz Fazley - Setia Ku Korbankan 

Sarimah Ibrahim: Suara itu ada, tapi perasaan itu dikorbankan untuk menyampaikan satu mesej. Awak ada bakat itu. Jangan simpan perasaan itu lepaskan. 


Ani Maiyuni X Viviana - Bintang 

Datuk Ramli M.S: Yang ini saya suka, dia menukar AI itu halwa telinga dia sangat bagus. Viviana boleh belajar lagi. 


Pak Azad X Amarra - Conga

Datuk AC Mizal: Penggunaan AI dalam tugasan ini, saya rasa manager buat kerja yang bagus sebab anda tahu mana kelemahan artis anda. Dan saya tahu Amarra ada kesilapan sana-sini, tapi manager dah lakukan yang terbaik. 

Amarra awak dah buat yang terbaik minggu ni. 


Safura X Kim Khairii - Belaian Jiwa

Datuk AC Mizal: Satu persembahan di luar jangkaan, seperti lihat persembahan di Indonesia. Pemilihan lagu AI kena, tahniah untuk awak. Imej ini sangat kena dengan awak.


Untuk info, antara barisan pengurus artis yang bertanding untuk musim kedua adalah Adira dan Anggrek, Ani Maiyuni dan Viviana, Datuk A. Aida dan Azeva, Dato’ Fazley dan Fariedz Fazley.

Malah TTMM2 juga menyaksikan penyertaan Dato’ Sri Vida dan Cik B, Jamilulhayat dan Hussain, Linda Jasmine dan Ratu, Nana Mahazan dan Althea, Pak Azad dan Amarra, serta Safura dan Kim Khairii.  

Program ini dikendalikan oleh pengacara legenda, Aznil Nawawi, bersama barisan juri ternama iaitu Sarimah Ibrahim, Datuk AC Mizal dan Datuk Ramli M.S selaku juri jemputan.

Setiap pasangan ‘pengurus-artis’ dinilai secara keseluruhan dengan pecahan 60 peratus untuk pengurus dan 40 peratus untuk artis.

Saksikan konsert Talk To My Manager 2 setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.

Program ini juga boleh distrim secara On Demand menerusi aplikasi Astro GO dan Sooka.
 

Anda mungkin berminat dengan

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Ceramic Plate

Ceramic Plate

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Must-Watch Video

Advertisement