Skip to main content

Hiburan

Talk To My Manager 2: "Saya Nyanyi Sedap Tapi Di Telinga Orang Yang..." - Cik B

Astrogempak CIK B

Sekilas

  • Talk To My Manager 2 (TTMM2) bakal kembali dengan 10 pasangan ‘Manager Artis’, termasuk Cik B, anak kepada Datuk Seri Vida, yang mencuri perhatian netizen.
  • Datuk Aznil Hj Nawawi kembali sebagai pengacara bersama juri Che Puan Sarimah dan Dato’ AC Mizal untuk musim kali ini.
  • Program ini akan mula bersiaran secara langsung pada 19 April 2026, jam 9 malam di Astro Ria dan boleh distrim di Astro GO serta sooka.

Baharu sahaja selesai sidang media program realiti hiburan Talk To My Manager 2 (TTMM2), nama barisan bintang yang terlibat mula menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen di media sosial.

Antara yang paling mencuri perhatian sudah tentu anak kepada usahawan, Datuk Seri Vida iaitu Cik B atau nama lengkapnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin.

Menerusi perkongsian di Instagram Astro Gempak, rata-rata netizen tidak sabar untuk menyaksikan persembahan anak gadis DSV itu beraksi di pentas TTMM2.

"Weiiiiiiiii tak sabar! nak tengok Cik B je!

"Yey penganti Odda.

"Comel Cik B.. X sabar tengok.

"Weiii Cik B masuk keee tak sabar nak tengok.

"Regardless of those, I think Cik B is the most mature among the rest...she's still in control and confident," komen netizen.

Sementara itu, Cik B juga sempat berseloroh menerusi satu hantaran di Threads dengan menyatakan suaranya hanya sedap didengar oleh orang-orang tertentu.

“Cik B masuk TTMM tapi Cik B cakap awal-awal Cik B nyanyi sedap tapi di telinga orang yang hensem, cantik dan swag sahaja,” tulisnya.

Talk To My Manager 2 kembali dengan menyaksikan penyertaan 10 pasangan ‘Manager Artis’ iaitu Adira & Anggrek, Ani Maiyuni & Viviana, Datuk A. Aida & Azeva, Dato’ Fazley & Fariedz Fazley, Dato’ Sri Vida & Cik B, Jamilulhayat & Hussain, Linda Jasmine & Ratu, Nana Mahazan & Althea, Pak Azad & Amarra, serta Safura & Kim Khairii.

Musim kali ini turut menyaksikan kembalinya Datuk Aznil Hj Nawawi sebagai pengacara, bersama barisan juri Che Puan Sarimah dan Dato’ AC Mizal, yang terus tampil dengan kepakaran, panduan serta karisma tersendiri dalam memeriahkan program ini.

Talk To My Manager Musim 2 akan mula bersiaran pada 19 April 2026, jam 9 malam, secara langsung di Astro Ria (saluran 104).

Para peminat boleh strim Musim 2 serta menikmati kandungan eksklusif Talk To My Manager secara On Demand di Astro GO dan sooka, atau melanggan Pek Astro One bermula dari RM49.99* untuk pengalaman penstriman lancar dan hiburan tanpa henti.

Layari Astro di astro.com.my atau hubungi Astro menerusi WhatsApp di 03 9543 3838 untuk maklumat lanjut.

Anda mungkin berminat dengan

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

HABIB Songket Collection

HABIB Songket Collection

Corolla Soft New Shoes

Corolla Soft New Shoes

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

Must-Watch Video

Advertisement