Skip to main content

Hiburan

Talk To My Manager 2: Tak Kejar Hadiah Kemenangan, Cik B Hanya Mahu DSV Bangga - “Duit Tu Mama Boleh Je Transfer…”

Astrogempak Cik B

Sekilas

  • Cik B, peserta Talk To My Manager 2, menyertai program bukan kerana hadiah wang tunai tetapi untuk membanggakan ibunya, Datuk Seri Vida.
  • Selain bersaing, Cik B juga mahu turunkan berat badan sehingga 80 kilogram melalui aktiviti harian seperti kelas vokal dan menari dalam program ini.
  • Talk To My Manager 2 akan mula bersiaran pada 19 April 2026 di Astro Ria dengan pengacara Datuk Aznil Hj Nawawi dan barisan juri yang berpengalaman.

Bintang Talk To My Manager 2 (TTMM2), Cik B mengakui tidak meletakkan harapan yang tinggi bagi penyertaannya dalam program tersebut.

Jelas Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin penyertaannya bukan didorong oleh hadiah wang tunai namun hanya mahu membanggakan ibunya, Datuk Seri Vida. 

"Pemenang dapat RM30,000? Saya tak peduli sangat tentang duit tu. Saya cuma nak mama bangga dengan saya. Sebab mama boleh je transfer duit sebanyak itu kalau nak," katanya kepada Gempak.

Dalam masa sama, Cik B percaya dirinya mempunyai kelebihan tersendiri untuk menyerlah dalam pertandingan tersebut.

"Saya rasa diri saya adalah penyeri dan berbakat, kalau dah saya penyeri mungkin ada potensi untuk mara lebih jauh..

"Tapi sasaran utama saya adalah untuk turun berat badan. Bila masuk TTMM, ada aktiviti harian macam kelas vokal dan menari. Saya nak turunkan sehingga 80 kilogram," ujarnya. 

Talk To My Manager 2 kembali dengan menyaksikan penyertaan 10 pasangan ‘Manager Artis’ iaitu Adira & Anggrek, Ani Maiyuni & Viviana, Datuk A. Aida & Azeva, Dato’ Fazley & Fariedz Fazley, Dato’ Sri Vida & Cik B, Jamilulhayat & Hussain, Linda Jasmine & Ratu, Nana Mahazan & Althea, Pak Azad & Amarra, serta Safura & Kim Khairii.

Musim kali ini turut menyaksikan kembalinya Datuk Aznil Hj Nawawi sebagai pengacara, bersama barisan juri Che Puan Sarimah dan Dato’ AC Mizal, yang terus tampil dengan kepakaran, panduan serta karisma tersendiri dalam memeriahkan program ini.

Talk To My Manager Musim 2 akan mula bersiaran pada 19 April 2026, jam 9 malam, secara langsung di Astro Ria (saluran 104).

Para peminat boleh strim Musim 2 serta menikmati kandungan eksklusif Talk To My Manager secara On Demand di Astro GO dan sooka, atau melanggan Pek Astro One bermula dari RM49.99* untuk pengalaman penstriman lancar dan hiburan tanpa henti.

Layari Astro di astro.com.my atau hubungi Astro menerusi WhatsApp di 03 9543 3838 untuk maklumat lanjut.

Anda mungkin berminat dengan

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

LANEIGE Lip Sleeping Mask

LANEIGE Lip Sleeping Mask

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

Must-Watch Video

Advertisement