Skip to main content

Selebriti

Talk To My Manager 2: Vida Beri Kata Semangat Buat Anak, Jangan Putus Asa - “Cik B Cuba Luahkan Segala Trauma Dari Kecil…”

Vida back up Cik B

Sekilas

  • Datuk Seri Vida beri kata semangat kepada anak sulungnya, Cik B, selepas persembahan minggu kedua Talk To My Manager 2.
  • Vida kongsi bahawa Cik B hadapi pelbagai kecaman sejak kecil yang beri kesan emosi, tapi dia yakin anaknya kuat untuk bangkit.
  • Cik B bawakan lagu 'Salahku' dengan penuh emosi, yang buat netizen rasa sebak.
Advertisement

Usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Vida tampil memberikan kata-kata semangat buat anak sulungnya, Cik B selepas selesai melakukan persembahan di minggu kedua program Talk To My Manager 2 (TTMM2).

Menerusi perkongsian di Instagram, Vida ataunama sebenarnya Hasmiza Othman mengakui perjalanan hidup Cik B bukanlah semudah seperti yang disangka apabila anaknya itu terpaksa berdepan pelbagai kecaman sejak kecil.

Advertisement

Menurut Vida, segala pengalaman pahit itu sedikit sebanyak memberi kesan emosi kepada anaknya.

Bagaimanapun kata Vida, dia percaya Cik B memiliki kekuatan tersendiri untuk terus bangkit.

“Cik B cuba luahkan segala trauma dan masalah yang Cik B hadap dari kecil sampai besar.

Advertisement

“Orang kecam kutuk Cik B sejak Cik B kecil, minggu ini komen juri tidak memihak pada Cik B tapi you did well sayang, comeback stronger untuk next week,” tulisnya.

Untuk info, dengan tema ‘Lepaskanlah’, Cik B berjaya menyempurnakan tugasan dengan membawakan lagu berjudul ‘Salahku’.

Bagaimanapun persembahan Cik B yang sarat dan penuh emosi itu mengundang rasa sebak netizen.

Sumber: Instagram @datoserivida
 

Anda mungkin berminat dengan

《Mega Deal》Plus Size Adjustable Bra Bamboo Charcoal Simple and Thin Wireless Bra Without Rims

《Mega Deal》Plus Size Adjustable Bra Bamboo Charcoal Simple and Thin Wireless Bra Without Rims

Sport Bra Yoga daily bra quick-drying sports bra running fitness seamless back buckle 2021

Sport Bra Yoga daily bra quick-drying sports bra running fitness seamless back buckle 2021

KEMEJA Juliet Shirt Slim Stripe Shirt

KEMEJA Juliet Shirt Slim Stripe Shirt

ELGINI E16218 Bra Sukan S-XXL | Sports Bra

ELGINI E16218 Bra Sukan S-XXL | Sports Bra

{JMI} Women Wanita Sandals Selipar Kasut Shoe 0065-LS – 3 Colors

{JMI} Women Wanita Sandals Selipar Kasut Shoe 0065-LS – 3 Colors

SSFH Premium Cotton Embroidered Printed Kurti (Top Only)

SSFH Premium Cotton Embroidered Printed Kurti (Top Only)

Must Watch Video

Advertisement