Skip to main content

Hollywood

Taylor Swift Kini Tunang Travis Kelce, Cincin Estetik Jadi Perhatian

taylor_swift

Peminat Taylor Swift di seluruh dunia sedang teruja selepas penyanyi tersebut mengumumkan pertunangan dengan kekasihnya, Travis Kelce.

Pengumuman bersejarah itu dilakukan dengan sederhana di media sosial.

Advertisement

Swift berkongsi beberapa keping foto bersama Kelce dengan tulisan ringkas pada ruangan kapsyen yang berbunyi : “Your English teacher and your gym teacher are getting married (guru bahasa Inggeris dan pelatih gym akan berkahwin)”.

Selain teruja dengan berita Swift dan Kelce bakal berkahwin, cincin pertunangan estetik yang tersarung manis di jari penyanyi tersebut turut menjadi perhatian.

Atlet Kansas City Chiefs itu dilaporkan telah mendapatkan khidmat istimewa pereka Kindred Lubeck dan Artifex Fine Jewelry untuk mereka cincin dengan berlian Old Mine Brilliant Cut dipercayai mencapai nilai RM140,000.

Cincin tersebut direka mengikut rekaan antik sekaligus menjadikan ia kelihatan sangat estetik dan berbeza daripada cincin pertunangan tipikal.

Swift, 35, dan Kelce, 35, mula menjalin hubungan sejak 2023. Sejak itu mereka menjadi pasangan selebriti yang sentiasa mendapat perhatian.

Must-Watch Video