Skip to main content

Hiburan

“Team Saya Semua Girls Termasuk Makeup Artist” - Syasya Rizal

“Team Saya Semua Girls Termasuk Makeup Artist” - Syasya Rizal

Sekilas

  • Syasya Rizal kini lebih selesa bekerja dengan pasukan wanita selepas mengambil keputusan berhijab dua tahun lalu.
  • Dia mengekalkan imej bertudung dalam muzik videonya dan mahu buktikan hijab bukan penghalang untuk capai impian.
  • Syasya menegaskan berhijab tidak menghalangnya untuk terus berkarya dan mengekalkan identiti sebagai penyanyi.
Advertisement

Penyanyi, Syasya Rizal mengakui dirinya lebih selesa untuk bekerja dengan pasukan wanita sejak mengambil keputusan untuk berhijab sekitar dua tahun lalu.

Menurut pemilik nama Norsyasya Afiqah Shahrizal ini, dia juga lebih menitikberatkan soal batas pergaulan, terutama ketika bekerja bersama golongan lelaki.

Advertisement

“Saya selesa begitu dan kalau perasan seluruh pasukan saya adalah perempuan termasuklah jurusolek.

“Sebelum ini ada yang komen dan anggap jurusolek saya adalah lelaki. Tidak, selepas saya berhijrah, semuanya saya bekerja dengan perempuan.

“Kalau bercakap soal bekerja bersama komposer sudah tentu ada lelaki tetapi itu semua dengan keberadaan suami saya,” katanya kepada Gempak.

Syasya berkata demikian ketika ditemui pada sesi sidang media lagu terbaharunya yang berjudul Different bertempat di Universal Music Malaysia, Petaling Jaya pada Jumaat.

Bercakap soal muzik videonya yang turut menampilkan penari bertudung, bekas ahli kumpulan Dolla ini berkata, dia mahu mengekalkan imej tersebut jika diberi peluang menghasilkan karya dalam genre yang sama.

Ujarnya, dia juga mahu membuktikan bahawa bertudung bukanlah perkara yang boleh mengedahkan seseorang untuk mencapai impian yang mereka impikan.

“Kalau adanya lagi lagi bergenre seperti ini memang saya nak kekalkan imej di mana sesiapa yang berjalan dan bekerja dengan saya mesti bertudung.

“Bertudung bukanlah satu perkara yang boleh menghentikan seseorang daripada mengecapi apa yang kalian mahukan.

“Mungkin ada di luar sana menganggap hijab satu bebanan sebenarnya tidak. Hijab bukan satu bebanan atau penghalang kepada kejayaan anda,” katanya lagi.

Dalam masa yang sama, Syasya menegaskan bahawa keputusan untuk berhijab tidak bermakna dia perlu meninggalkan perkara yang diminatinya, sebaliknya dia masih boleh membawa imej dan identiti sebagai penyanyi dalam fasa kehidupan yang berbeza.

“Itu semua pendapat masing-masing. Macam Syasya cakap, lagu ni Syasya bawa imej yang orang kenal tapi dalam fasa berbeza.

“Walaupun Syasya dah bertudung, ia tidak menghalang Syasya untuk buat benda yang Syasya minat,” tambahnya.

Dalam perkembangan lain, Syasya bakal tampil dengan lagu baharu yang berjudul ‘Different’ yang kini boleh didengari di semua platform penstriman digital.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement