Skip to main content

Hiburan

Terinspirasi Filem Seram Era 2000-an, Liyana Jasmay Bawa ‘Teen Slasher’ Dalam Pemuja Syaitan - “Jarang Malaysia Buat Genre Ini…”

Terinspirasi Filem Seram Era 2000-an, Liyana Jasmay Bawa ‘Teen Slasher’ Dalam Pemuja Syaitan - “Jarang Malaysia Buat Genre Ini…”

Sekilas

  • Liyana Jasmay mengambil inspirasi daripada filem seram dan teen slasher era 2000-an seperti I Know What You Did Last Summer untuk filem sulung arahannya, Pemuja Syaitan.
  • Filem ini disetkan pada tahun 1996-1997 dan mengangkat genre teen slasher yang jarang diterokai dalam filem tempatan.
  • Pemuja Syaitan bakal ditayangkan di pawagam mulai 15 Oktober dan berpotensi dikembangkan sebagai francais.
Advertisement

Pelakon dan pengarah, Liyana Jasmay mendedahkan filem sulung arahannya, Pemuja Syaitan banyak mengambil inspirasi daripada naskhah seram dan ‘teen slasher’ yang ditontonnya ketika membesar.

Menurut Liyana, 38, antara filem yang menjadi rujukan termasuk I Know What You Did Last Summer dan Urban Legend sehingga mempengaruhi suasana serta pendekatan penceritaan Pemuja Syaitan.

Advertisement

“Reference saya memang filem era 2000-an. Kalau siapa pernah tengok I Know What You Did Last Summer, Urban Legend, saya membesar menonton filem seperti itu.

“Jadi mungkin kalau korang perasan kenapa filem ini diset pada tahun 1996. Saya memang sengaja nak dia berlaku pada tahun 1996 dan 1997 untuk universe dia,” katanya.

Liyana berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Tayangan Khas Filem Pemuja Syaitan yang berlangsung di Kuala Lumpur, Rabu lalu.

Advertisement

Tambahnya, pemilihan konsep ‘teen slasher’ juga dibuat kerana genre tersebut masih jarang diterokai dalam filem tempatan.

“Saya memang sengaja buat teen slasher sebab memang jarang untuk filem Malaysia buat genre ini,” ujarnya

HBIUH

.

Mengulas pemilihan genre seram untuk debut arahannya, Liyana berkata naskhah tersebut sememangnya dibangunkan sebagai filem seram sejak peringkat awal penulisan skrip.

Katanya, pengalaman membintangi pelbagai filem seram sebelum ini turut mendorongnya mencabar diri menghasilkan karya sendiri dalam genre berkenaan.

“Saya tak tahu kenapa soalan kenapa pilih horror ini susah sangat nak jawab. Mungkin sebab memang saya suka.

“Saya pun dari awal berlakon memang banyak berlakon filem horror, pelbagai genre horror saya dah buat. Jadi saya rasa nak cabar diri untuk filem pertama,” katanya.

Malah, Pemuja Syaitan bukan dirancang sebagai sebuah filem tunggal, sebaliknya berpotensi dikembangkan sebagai francais.

“Ia bukan setakat satu filem horror saja. Basically ia macam satu francais apa yang kita tengah buat sekarang.

“Pertama Pemuja Syaitan dan akan ada lagi. Dari masa menulis skrip pun kita memang dah rancang,” katanya.

VDBGF

Pemuja Syaitan merupakan karya sulung Liyana sebagai pengarah filem cereka dan dibintangi Zul Ariffin, Aila Azizul, Nadhir Nasar serta Elizabeth Tan.

Turut membintanginya ialah Ellyza Azizi, Dhabita Auji, Aida Amron, Hakim Khan, Nat Aaliyah, Rosdeen Suboh, Dee Al Hadi, Yusuf Amin, Atoi Tohet, Selena Jasmay dan Marsha Biddulph.

Filem bergenre seram dan thriller itu mengisahkan sekumpulan bekas rakan sekolah yang kembali berkumpul di sebuah pulau sebelum penemuan kapsul masa membawa mereka berdepan rahsia serta kejadian misteri.

Terbitan Mermaid Studios dan Suraya Filem Production & Distribution, Pemuja Syaitan bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara mulai 15 Oktober ini.

Anda mungkin berminat dengan

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

Must Watch Video

Advertisement