Skip to main content

Hiburan

Terkesan Dengan Komen Negatif, Aisha Retno Dedah Pernah Terima Ugutan Bun*h - “Saya Hanya Manusia Yang Suka…” 

AISHA RETNO

Penyanyi Aisha Retno meluahkan rasa kesal selepas menerima beberapa komen negatif susulan persembahannya di sebuah acara anugerah baru-baru ini.

Mengakui mempunyai kekurangan, namun Aisha atau nama lengkapnya, Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam tetap berusaha memberikan yang terbaik di setiap persembahannya.

“Sejak dulu lagi saya bermimpi untuk menyanyi, menari, rap dan berinteraksi dengan penonton dalam satu persembahan, apatah lagi di pentas yang berprestij. Itu memang impian saya.

“Setiap kali saya buat persembahan, pasti ada komen selepas itu. Sama ada baik atau buruk, saya baca dan hadam. Saya cuba faham dan ambil yang terbaik daripadanya.

“Industri muzik banyak membentuk dan mematangkan saya supaya tidak terlalu terkesan dengan pujian atau kecaman. Sebaliknya, saya jadikan semua itu sebagai motivasi untuk membuat yang lebih baik pada masa akan datang.

“Melaburkan tenaga dan masa berminggu-minggu untuk beberapa minit di atas pentas memberi kepuasan yang sangat besar buat saya dan pasukan. Saya tak pernah menyesal dengan usaha yang diberikan, walaupun kita tetap manusia dan tidak lari daripada kekurangan,” tulisnya di Instagram. 

Namun, di sebalik kelincahannya di atas pentas, pelantun lagu Samudera itu mengakui dia tetap terkesan dengan komen yang diterimanya.

Ada kala, perkara tersebut membuatkannya 'overthinking' tentang bagaimana penerimaan orang ramai jika dia muncul lagi dalam mana-mana persembahan.

“Enam tahun dalam industri, saya pernah terima ugutan bunuh, body shaming, face shaming dan macam-macam lagi. Walaupun saya cuba jadi kuat dan kebal, kadang-kadang saya tetap terkesan dengan komen negatif.

"Ada ketika saya jadi overthinking. Saya terfikir apa yang orang akan kata kalau saya muncul lagi di mana-mana anugerah dan buat persembahan seperti ini," ujarnya.

Dalam pada itu, Aisha menegaskan dirinya hanyalah manusia biasa yang cintakan seni dan mahu menggembirakan orang lain melalui persembahan yang diberikan.

“Pada akhirnya, saya hanya manusia biasa yang suka menyanyi, membuat persembahan dan melihat orang tersenyum serta menikmati apa yang saya lakukan. Saya buat muzik, buat persembahan, terlibat dalam kempen dan kolaborasi, semuanya kerana minat dan cinta terhadap kerja ini.

“Tolong jangan patahkan semangat seseorang dengan kata-kata yang tidak elok, walaupun dia nampak kebal di atas pentas. Kata-kata boleh melukakan dan sangat mematahkan semangat. Kalau mental seseorang tidak cukup kuat, dia mungkin berhenti melakukan apa yang paling dia cintai.

“Mungkin orang menganggap saya sensitif tapi ini demi menjaga bakat-bakat dalam industri kita,” tambahnya.

Anda mungkin berminat dengan

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

Must-Watch Video

Advertisement