Skip to main content

Hiburan

Terkilan Hantaran Di Threads Disalah Erti, Sherry Ibrahim Mohon Netizen Henti Fitnah - "Ya Allah, Kenapa Perlu Bersangka Buruk..."

Astrogempak SHERRY

Sekilas

  • Sherry Ibrahim kecewa dengan netizen yang cuba kaitkan hantaran terbarunya di Threads dengan isu lama selebriti.
  • Dia menegaskan perkongsian itu bersifat peribadi dan bertujuan memberi manfaat kepada yang memerlukan, bukan untuk menyerang sesiapa.
  • Sherry tidak akan berkompromi dengan buli siber dan mengingatkan bahawa kesabarannya ada hadnya.
Advertisement

Pelakon, Sherry Ibrahim meluahkan rasa kesal apabila terdapat segelintir netizen yang mencuba untuk mengaitkan hantaran terbarunya di Threads dengan isu selebriti yang pernah dikaitkan dengannya sebelum ini.

Menurut Sherry, perkongsian yang dibuat itu sebenarnya bersifat peribadi dan bertujuan memberi manfaat kepada individu yang memerlukan, bukannya ditujukan kepada mana-mana pihak.

Advertisement

“Ya Allah, kenapa perlu bersangka buruk dan membuat andaian tanpa usul periksa? Tak takut ke dengan fitnah dan tuduhan?

“Perkongsian saya itu berkaitan dengan diri saya dan apa yang saya ingin kongsikan untuk mereka yang memerlukan. Itu sahaja,” jelasnya.

Pada masa sama, Sherry menegaskan bahawa dia memilih untuk berdiam diri selama ini sebagai tanda menghormati keadaan. 

Namun, dia tidak akan sesekali berkompromi dengan budaya buli siber.

“Saya diam kerana menghormati, tetapi saya tidak akan sesekali menghormati perbuatan membuli. Jangan paksa saya ke tahap itu. Jangan salah anggap kesabaran saya sebagai kelemahan.

"Kebaikan itu tidak memerlukan kos, tetapi ‘bullying’ menunjukkan segalanya. Dan kesabaran juga ada hadnya. Jadi, hentikanlah," tegasnya.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement