Sekilas
- Penampilan Kaer di Gegar Vaganza musim ke-12 baru-baru ini mengubat rindu peminatnya yang mengikuti perjalanan seni penyanyi ini sejak Akademi Fantasia 2.
- Seorang peminat berkongsi pengalaman ponteng sekolah semata-mata untuk menonton ulangan AF demi melihat persembahan Kaer, menunjukkan betapa besarnya pengaruh Kaer ketika itu.
- Ramai netizen turut mengakui mereka juga meminati Kaer semasa program realiti tersebut dan ada yang pernah bertemu tetapi malu untuk menegur kerana teruja.
Kemunculan penyanyi Kaer di pentas Gegar Vaganza musim ke-12 pada Ahad lalu sememangnya mengubat kerinduan peminatnya.
Menerusi perkongsian seorang individu di Threads, dia pernah sanggup ponteng sekolah demi menonton siaran ulangan Akademi Fantasia.
“Kaer ini masuk AF2 masa aku form 2. Terus crush teruk sampai aku sanggup ponteng sekolah hari rabu semata-mata nak tengok ulangan Akademi Fantasia.
“Sebab nak tengok Kaer saja. Punya teruk sampai mak aku keluar statement ‘kalau Kaer ini mak approve la’. Masa itu dia baru 18 dan belajar seni bina.
“Menginjak dewasa, aku pernah dua kali terjumpa dia. Sekali kat Mid Valley, kali kedua dekat SCM. Tapi dua-dua kali pun tak berani nak tegur sebab kena star struck,” katanya.
Rata-rata netizen turut mengakui mereka juga meminati Kaer ketika berada dalam program realiti popular itu.
Sumber - Threads