Skip to main content

Hiburan

Teruja Sambut Bakal Menantu Lelaki Pertama, Erma Fatima Sibuk Buat Persiapan - “Hantaran & Dekorasi Saya Buat Sendiri”

Erma Fatima

Sekilas

  • Erma Fatima sedang sibuk membuat persiapan sendiri termasuk dekorasi dan gubahan hantaran untuk majlis pertunangan anaknya, Norain Sofea, pada 18 Julai ini.
  • Erma mengekalkan konsep adat Melayu sepenuhnya dalam majlis tersebut walaupun anaknya dari generasi Z mempunyai pandangan tersendiri.
  • Pelbagai adat tradisional seperti berinai, khatam al-Quran, mandi bunga, dan busana songket akan dipraktikkan dalam majlis pertunangan itu.
Advertisement

Pengarah dan penerbit terkenal, Erma Fatima meluahkan rasa teruja menjelang majlis pertunangan anaknya, Norain Sofea yang dijadualkan akan berlangsung pada 18 Julai ini.

Ujar Erma, dia kini sedang sibuk melakukan persiapan dengan menguruskan sendiri dekorasi serta gubahan hantaran bersempena majlis anaknya itu nanti.

Advertisement

"18 Julai ini saya bakal menerima menantu lelaki pertama. Hantaran dan dekorasi semuanya saya buat sendiri kerana ini hadiah terakhir yang dapat saya berikan kepada anak sebagai kenangan," katanya kepada Gempak.

Erma berkata demikian ketika ditemui pada majlis Tayangan Perdana Viu Original Cinta Dalam Sekam bertempat di Odeon Kuala Lumpur pada Rabu.

Tambah Erma, meskipun anaknya mempunyai pandangan serta cita rasa tersendiri mengenai konsep majlis namun dia memilih untuk mengekalkan adat Melayu sepenuhnya.

"Memang dia ada pendapat sendiri sebab dia generasi Z. Tapi saya beritahu orang semakin lupa tentang adat Melayu. Jadi saya mahu dia ikut adat Melayu daripada A sampai Z sehingga selesai majlis.

"Kalau dia nak buat ikut selera sendiri, dia boleh buat selepas majlis yang saya rancang," ujarnya.

Berkongsi lanjut, pengarah drama Walid ini memaklumkan bahawa dia akan menampilkan pelbagai adat tradisi Melayu seperti berinai, khatam al-Quran, mandi bunga, cukur jambul dan beberapa lagi elemen yang lain.

Bukan itu sahaja, Erma juga mahu anaknya mengenakan busana tradisional berasaskan songket berbanding gaun pengantin supaya selari dengan konsep yang dipilihnya.

"Dia tak boleh pakai gaun. Kalau nak pakai gaun, buatlah di sebelah pihak lelaki. Untuk majlis saya, dia kena pakai songket dan ikut cara Melayu yang betul," kongsinya.

Terdahulu, Erma menyorot perhatian apabila berkongsi video memaparkan dirinya mengunjungi sebuah premis menjual kelengkapan hantaran sebelum dilihat sibuk menyiapkan gubahan untuk majlis pertunangan anaknya.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement