Skip to main content

Hiburan

"Tiada Apa Nak Sorok, Boleh Tahu Password, Baca WhatsApp Saya" - Raf Yaakob

Raf Yakoob

Sekilas

  • Raf Yaakob berkongsi pandangannya tentang kejujuran dan kepercayaan dalam hubungan di platform Threads.
  • Dia mengamalkan keterbukaan penuh dengan pasangan termasuk berkongsi akses telefon dan media sosial.
  • Raf menegaskan kesetiaan dan keseimbangan antara dunia serta akhirat adalah prinsip utama dalam hidupnya.
  • Dia menolak gaya hidup mewah dan lebih memilih kehidupan yang sederhana dan bersyukur.
  • Raf mengajak pasangan untuk setia, tidak membandingkan hidup dengan orang lain, dan menghargai apa yang ada.

Bekas suami kepada pelakon, Mawar Rashid iaitu Raf Yaakob mencuri perhatian netizen selepas berkongsi pandangannya mengenai kejujuran dan kepercayaan dalam sesebuah hubungan.

Menerusi satu hantaran di platform Threads, Raf menjelaskan bahawa dia mengamalkan keterbukaan penuh bersama pasangan ketika berada dalam hubungan atau perkahwinan sebagai cara membina kepercayaan.

“Jika saya dalam perhubungan atau perkahwinan, awak boleh akses telefon saya 24/7, tahu password, boleh baca whatsapp dan boleh cek semua sosial media, saya tiada apa yang nak disorokkan.

“Begitu saya bina kepercayaan pasangan saya, kalau saya kata saya sibuk bekerja cari nafkah tolong faham dan tidak pernah menyimpang benda-benda yang tak bermoral,” katanya.



Dalam masa sama, Raf turut menekankan bahawa kesetiaan dan keseimbangan antara dunia serta akhirat menjadi prinsip utama dalam kehidupannya.


“Saya setia, akan layan kamu dengan baik dan saya akan mencintai awak sepenuh hati. Saya janji kita akan hidup sepenuhnya, berseronok dan dalam masa yang sama perbanykkan saham untuk akhirat.

“Dunia dan akhirat perlu seimbang. Saya tidak suka gaya hidup mewah, saya lebih suka hidup yang sederhana. Apa yang saya mahu daripada kamu? Jadilah setia, jangan bandingkan hidup kamu dengan orang lain dan jadilah seorang yang tahu bersyukur,” tambahnya.

Buku

Setiap Perkahwinan Ada Ujian

Temui panduan memahami pasangan dan membina perkahwinan yang harmoni dalam buku ini. 
Beli Sini

Must-Watch Video

Advertisement