Sekilas
- Pelakon Kamal Adli berkongsi perasaan sunyi dan kosong yang tiba-tiba menyerang dirinya walaupun kelihatan bahagia.
- Dia meminta pandangan dan pengalaman orang ramai tentang cara mengatasi rasa sunyi tanpa niat meraih simpati.
- Rakan artis dan netizen memberikan pelbagai nasihat termasuk mendekatkan diri dengan agama, mencari motivasi, dan mendapatkan bantuan profesional.
Pelakon, Kamal Adli menyorot perhatian netizen selepas berkongsi luahan hati mengenai perasaan sunyi dan kosong yang hadir secara tiba-tiba.
Menerusi satu hantaran di Threads, Kamal mengakui dia diserang rasa kesunyian yang sukar digambarkan sehingga membuatkan dirinya tertanya-tanya bagaimana untuk mengatasinya.
“Tiba-tiba kena 'attack' dengan rasa sunyi dan lonely yang dahsyat sangat. Rasa macam dah ada semua yang boleh buat happy, tapi sebenarnya kosong sangat.
“Selain muhasabah diri dan cari Allah, apa lagi yang kita boleh buat? Korang buat apa? Tadi dah ride seorang-seorang, kosong juga rasa. Any idea? Ustaz? Motivator? Rakyat?” tulisnya.
Dalam hantaran sama, Kamal menjelaskan perkongsiannya itu bukan bertujuan meraih simpati, sebaliknya dia benar-benar ingin mendapatkan pandangan serta pengalaman orang ramai.
“Ni bukan minta simpati tau. Just nak pendapat je,” tambahnya.

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya tampil memberikan kata-kata semangat serta berkongsi cara masing-masing berdepan perasaan sunyi.
Bukan sahaja mendapat perhatian netizen, malah rakan-rakan artis juga menitipkan pesanan buat Kamal Adli.
Datuk Fauziah Nawi: Ibu penuhkan masa dgn kelas. Agama. Baca quran. Berdamai dgn takdir.
Saiful Apek: Assalamualaikum my Lil Bro 👋🏻rasa kosong dan sunyi adalah isyarat jiwa yang keletihan. ia bukan tanda kelemahan, tetapi ruang rehat sementara, agar kita boleh membina semula kekuatan.kalaulah kita tau betapa DIA sayangkan kita, seluas2 laut pun tak mampu tampung air mata kita 🥺
Hazwani Helmi: Maybe boleh try gi healing sambil umrah.
Aril Pilus: Cuba la mal, tak lama 3 hari je.. saya doakkan awak mal moga Allah swt beri hidayah dan Allah swt pilih awak. Amin
Nouroul Deep: Nak kak tolong tak? I am a certified life coach from Tony Robbins. I am happy to help. 🙏🏻🥰