Skip to main content
Advertisement

Selebriti

“Tidak Kira Apa Yang Kita Lakukan, Akan Sentiasa Ada Orang Yang Tak Suka…” - Syasya Rizal

“Tidak Kira Apa Yang Kita Lakukan, Akan Sentiasa Ada Orang Yang Tak Suka…” - Syasya Rizal

Sekilas

  • Syasya Rizal kini lebih fokus pada dirinya sendiri dan tidak mahu terlalu memikirkan pandangan negatif orang lain.
  • Dia menegaskan pentingnya menghargai sokongan daripada mereka yang sentiasa berada di sisi berbanding kritikan yang tidak membina.
  • Syasya baru sahaja melancarkan lagu terbaharu berjudul "Different" yang dihasilkan bersama beberapa komposer terkenal.
Advertisement

Penyanyi, Syasya Rizal tidak mahu terlalu memikirkan tentang pandangan orang lain, sebaliknya mahu memberikan fokus terhadap dirinya sendiri.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Syasya berkata dia kini lebih selesa menjalani kehidupan mengikut caranya sendiri tanpa terlalu memikirkan penerimaan atau penilaian daripada orang sekeliling.

Advertisement

Kata Syasya, kehidupan terlalu singkat sekiranya cuba memuaskan hati semua pihak kerana akan sentiasa ada individu yang tidak menyukai apa sahaja yang dilakukan.

“Kita semua berbeza. Saya hanya buat apa yang saya mahu. Hidup ini terlalu singkat untuk kita cuba memuaskan hati semua orang.

“Tidak kira apa yang kita lakukan, akan sentiasa ada orang yang tidak menyukai kita dan itu tidak mengapa,” luahnya.

Dalam hantaran yang sama, Syasya berpendapat sokongan daripada individu yang sentiasa berada di sisi menjadi sesuatu yang lebih penting untuk dihargai berbanding pandangan negatif daripada mereka yang tidak menyukainya.

“Apa yang paling penting adalah menghargai mereka yang sentiasa ada, menyokong dan menyayangi kita dalam setiap versi diri, melalui segala jatuh bangun.

Advertisement

“Jadi, buat sahaja apa yang terbaik untuk diri sendiri. Jadilah berbeza dan jangan lupa tengon mv Different okay,”coretnya.

Dalam perkembangan lain, Syasya tampil dengan lagu terbaharu berjudul Different hasil ciptaannya sendiri, Amirul Azhar, Asyraf Nasir, Adib Hamdi dan Naim Daniel.

Anda mungkin berminat dengan

INSTANT SHAWL SULAM CHIFFON TIEBACK

INSTANT SHAWL SULAM CHIFFON TIEBACK

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

BOKITTA MIDNIGHT NAVY WITH CRYSTALS Plain Crinkled Chiffon

BOKITTA MIDNIGHT NAVY WITH CRYSTALS Plain Crinkled Chiffon

LAVEN Watercolor Painting Cotton Viscose Shawl Breathable Soft Pashmina Selendang Muslim Women Shawl Hijab Scarf

LAVEN Watercolor Painting Cotton Viscose Shawl Breathable Soft Pashmina Selendang Muslim Women Shawl Hijab Scarf

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

Zara Awliya X Wan Sharmila: TELEKUNG IRENE [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Tote Bag]

Zara Awliya X Wan Sharmila: TELEKUNG IRENE [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Tote Bag]

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement