Skip to main content

Hiburan

Titip Pesan Buat Pelajar Lepasan SPM, Aina Abdul Doa Semua Berjaya Dengan Cara Tersendiri - "Saya Pun Dulu…"

Astro Gempak 328

Sekilas

  • Aina Abdul beri kata semangat kepada pelajar yang baru terima keputusan SPM supaya jangan kecewa jika keputusan tidak seperti diharapkan.
  • Beliau tekankan usaha sepanjang pembelajaran lebih penting daripada keputusan semata-mata.
  • Aina mendoakan agar semua pelajar berjaya dengan cara dan jalan masing-masing selepas SPM.
Advertisement

Penyanyi Aina Abdul menitipkan kata-kata semangat buat pelajar yang baru sahaja menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menerusi perkongsian di Threads, Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani mengingatkan pelajar agar tidak terlalu kecewa sekiranya keputusan diperoleh tidak seperti yang diharapkan.

Advertisement

“Kepada adik-adik yang mengambil keputusan SPM hari ini, yang dapat manis-manis tu, Alhamdulillah, tumpang bangga.

“Yang tak dapat banyak manis-manis tu, tidak mengapa. Aina pun dulu biasa-biasa saja,” katanya.

vdbd

Tambah pelantun lagu Sepi itu, apa yang lebih penting adalah usaha yang telah dilakukan sepanjang tempoh pembelajaran.

Advertisement

“Yang paling penting, anda semua dah berusaha sehabis baik kan?

“Utamakan kehidupan selepas SPM, itu lebih penting,” ujarnya.

Dalam masa sama, Aina turut mendoakan agar semua pelajar berjaya mengikut cara dan jalan masing-masing.


“Kak Aina doakan korang semua berjaya dengan cara tersendiri. Good luck,” katanya.
 

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

Must Watch Video

Advertisement