Sekilas
- Pelakon Uqasha Senrose telah mendaftar dalam program bimbingan oleh Izary Ikhbal, dikenali sebagai ‘Coach Cerai’, namun belum memulakan sesi bersama kerana jadual padat.
- Izary menegaskan kehadirannya bersama isteri di mahkamah hanya sebagai rakan dan menafikan sebarang hubungan lain dengan Uqasha.
- Izary kecewa dengan tindakan pihak berkuasa agama yang mengambil tindakan tanpa menghubunginya untuk penjelasan dan menganggap kekurangan sumber mungkin punca penyiasatan tidak menyeluruh.
Isu rumah tangga pelakon Uqasha Senrose dan suaminya yang juga aktor Kamal Adli mendapat lebih perhatian apabila munculnya individu yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Coach Cerai’.
Izary Ikhbal yang dikenali sebagai ‘Coach Cerai’ memberitahu Uqasha sememangnya sudah mendaftar dalam programnya namun belum berkesempatan untuk memulakan sesi bersama.
Hubungan Uqasha semakin rapat dengan isterinya, Izary Ikhbal menjelaskan kehadirannya menemani aktres itu di mahkamah sebelum ini hanya sebagai rakan sahaja.
“Berkaitan dengan Uqasha, bukan rahsia bahawa dia telah mendaftar dalam program saya. Namun, kerana jadual kerjanya yang padat, dia belum sempat lagi memulakan sesi coaching yang sebenar.
“Sejak bertemu dengan saya dan isteri, dia menjadi sangat rapat dengan isteri saya, dan kehadiran kami di mahkamah hanyalah sebagai rakan,” katanya.
Izary Ikhbal turut meluahkan rasa terkilan apabila pihak berkuasa agama mengambil tindakan terhadapnya tanpa usaha menghubunginya untuk mendapatkan penjelasan.
“Pihak berkuasa agama bertindak atas aduan terhadap Cerai Coach dengan kenyataan ringkas dan tidak komited. Tiada usaha untuk menghubungi saya.
“Tidakkah mereka ingin menyiasat atau sekurang-kurangnya mendengar dari pihak saya? Penjelasan saya? Bagaimana jika saya benar-benar menjadi ancaman kepada masyarakat?
“Bagaimana jika saya benar-benar berniat jahat? Tidakkah mereka patut mengambil tahu? Menyelidik sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan?” ujarnya.
Terima dengan hati terbuka, Izary Ikhbal menganggap pihak berkuasa kekurangan sumber atau sistem yang diperlukan untuk menyiasat setiap aduan yang diterima.
“Namun, saya juga harus adil dan tidak cepat menilai mereka. Mungkin mereka benar-benar kekurangan sumber, tenaga kerja, atau sistem yang diperlukan untuk menyiasat setiap aduan dengan mendalam.
“Tetapi hasilnya tetap sama. Mereka telah melakukan apa yang mereka anggap perlu. Dalam proses itu, maklumat salah dan kebencian dibiarkan berleluasa dan membesar,” katanya.
Sumber - Threads