Skip to main content

Hiburan

Utamakan Kualiti Produk Demi Kepercayaan Pengguna, Diana Danielle Kongsi Prinsip Sebagai Pemilik Jenama - “Sebelum Orang Guna, Saya Guna Dulu…”

Astro Gempak 146

Sekilas

  • Diana Danielle tekankan integriti dengan guna sendiri produk Numinara sebelum jual untuk pastikan keberkesanan dan kepercayaan pengguna.
  • Setahun di pasaran, Numinara berjaya jual lebih 100,000 sabun dengan 6,000 ulasan positif tanpa bayar review.
  • Fokus 2026 adalah kukuhkan produk sedia ada dulu sebelum keluarkan produk baru, sambil kekal guna bahan semula jadi dan pembungkusan mesra alam.

Pelakon Diana Danielle berkongsi prinsipnya dalam mengemudi jenama penjagaan kulit, Numinara yang kini genap setahun di pasaran.

Bagi Diana, integriti sebagai seorang pemilik jenama amat penting dengan memastikan setiap produk diuji sendiri terlebih dahulu sebelum dipasarkan kepada orang ramai.

“Sebab sebelum bagi orang guna, saya guna dulu. Sebab saya tak nak nama saya rosak.

“Kita nak fikir jangka masa panjang. Kita bukan nak jual sebulan dua macam produk raya.

“Saya kena jadi duta yang baik untuk produk ini, dan juga sebagai salah seorang pemilik. Jadi kena pastikan orang nak beli lagi. Keberkesanan itu sangat penting,” katanya.

Berkongsi perkembangan terkini, Diana memaklumkan sepanjang setahun berada di pasaran, produk sabun keluarannya berjaya mencatat jualan memberangsangkan.

“Bila dah setahun ini, kita dah jual lebih daripada 100,000 sabun. Dan kita ada 6,000 komen atau ulasan daripada pengguna yang menunjukkan produk ini sangat efektif.

“Jadi daripada situ, orang tak perlu dengar apa saya cakap. Sebab saya faham orang ramai skeptikal dengan selebriti. Tapi tengoklah ulasan dan gambar-gambar yang ada. Kami tak pernah bayar untuk review,” ujarnya.

Tambahnya, kepercayaan pengguna menjadi ukuran utama kejayaan sesuatu jenama, bukan sekadar populariti selebriti di belakangnya.

“Daripada situ, saya harap pengguna boleh nilai sendiri.

“Bulan depan genap ulang tahun pertama dan alhamdulillah ada yang beli sampai lapan hingga 10 kali. Maknanya kita dapat ramuan yang betul untuk hasil yang diperlukan,” katanya.

Mengintai perancangan 2026, Diana berkata dia dan pasukannya mahu memberi fokus sepenuhnya kepada produk sedia ada sebelum merancang pengeluaran baharu.

“Tahun 2026 ini kita nak pulun betul-betul dan tengok sama ada capai sasaran. Lepas itu baru fikir produk seterusnya sebab kita pun baru setahun.

“Kita bagi produk ini betul-betul masuk ke dalam hati pengguna, baru kita akan fikirkan produk yang selanjutnya,” jelasnya.

Numinara merupakan jenama penjagaan kulit tempatan yang memfokuskan kepada penggunaan bahan semula jadi, bebas kekejaman terhadap haiwan (cruelty-free) serta mengamalkan konsep kelestarian termasuk penggunaan pembungkusan mesra alam.

Diana juga menjadi wajah utama dan rakan kongsi jenama tersebut yang menekankan penggunaan botani Asia semula jadi.

Anda mungkin berminat dengan

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Must-Watch Video

Advertisement