Skip to main content

Hiburan

Video Hadie Sedang Mengajar Mengaji Raih Pujian - “Mengalir Saham Pahala Arwah Ayah Dengan…”

Hadie

Sekilas

  • Ina Naim berkongsi video di TikTok menunjukkan anaknya, Hadie Elfardie dan Phyrosh Elfadwah, mengajar kanak-kanak mengaji Al-Quran.
  • Ina berharap anak-anaknya menjadikan Al-Quran sebagai teman di dunia dan akhirat, sambil mengingatkan pentingnya mengutamakan akhirat.
  • Netizen memuji usaha Hadie dan Phyrosh serta menganggap mereka mewarisi ilmu daripada arwah bapa mereka, Allahyarham Suhaimi Saad.

Perkongsian video di TikTok Ina Naim yang memperlihatkan anaknya, Hadie Elfardie dan Phyrosh Elfadwah sedang mengajar kanak-kanak mengaji mengundang pujian netizen. 

 

Menerusi perkongsian itu, Ina berharap anak-anaknya menjadikan Al-Quran sebagai peneman di dunia dan akhirat. 

 

“Sedang kita mengejar dunia, jangan kita lupa akhirat selama-lamanya. Mengaji merangkak la baca nak. Esok di sana menjadi temanmu… InsyaAllah,” kongsinya. 

 

Rata-rata netizen memuji Hadie dan Phyrosh selain menganggap peserta Talk To My Manager itu mewarisi ilmu daripada bapa mereka, Allahyarham Suhaimi Saad.

 

“Kak Ina boleh suruh anak-anak buat content mengaji. InsyaAllah ada kebaikan untuk semua.

 

“Alhamdulillah warisi ilmu Al-quran dari ayah, moga berbahagia dunia akhirat.

 

“Mengalir saham pahala arwah ayah dengan ilmu dunia dan akhirat yang diberikan kepada anak dengan mengajarkan mengaji kepada orang-orang,” komen netizen. 

@inasuhaimi78 Sedang kita mengejar dunia, jgn kita lupa akhirat selama2nya.. Mengaji merangkak la baca naak... Esok di sana menjadi temanmu.. InsyaAllah #inanaim #hadie #yosh #hadiefc #ngaji ♬ original sound - INA SUHAIMI

Must-Watch Video

Advertisement