Skip to main content

Hiburan

“Walau Ada Yang Persoal Bersalin Di Usia…” - Che Ta Imbau Momen Lahirkan Aaisyah 12 Tahun Lalu

Che Ta

Sekilas

  • Rozita Che Wan berkongsi ucapan istimewa sempena ulang tahun ke-12 anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana, yang dianggap sebagai pengikat cinta antara dia dan suaminya, Zain Saidin.
  • Che Ta mengakui rezeki anaknya itu datang walaupun bersalin pada usia 42 tahun dan menganggap Aaisyah sangat bertuah kerana mempunyai bapa dan abang-abang yang penyayang.
  • Pelakon itu turut mendoakan agar Aaisyah membesar menjadi anak yang solehah dan menyatakan kesediaannya melakukan apa sahaja untuk anaknya.
Advertisement

Sempena ulang tahun kelahiran anak perempuannya yang ke 12 tahun, pelakon Rozita Che Wan berkongsi ucapan istimewa buat Aaisyah Dhia Rana. 

 

Advertisement

Menerusi perkongsian di Instagram, Rozita atau nama mesranya Che Ta menganggap kehadiran Aaisyah pada 12 tahun lalu adalah pengikat cinta antara dia dan Zain Saidin. 

 

“12 tahun yang lalu… lahirlah pengikat cinta mummy dan daddy. 

 

‘Walau ada yang mempersoalkan bersalin di usia 42 tahun, tapi rezeki Allah tu tiada siapa yang boleh menidakkan,” kongsi Che Ta. 

Advertisement

 

Pada perkongsian yang sama, Che Ta juga beranggapan Aaisyah seorang anak yang beruntung kerana mempunyai bapa dan abang-abang yang sanggup melakukan apa saja. 

 

Selain itu, Che Ta turut menitipkan doa agar puteri kesayangannya itu menjadi seorang anak yang solehah.

 

“Dia lah terpaling princess dalam keluarga kami… untung @aaisyahdhiarana111 ada daddy yang menatang seperti minyak yang penuh.

 

“Ada abang-abang yang layankan saja adik depa ni yang cerewet, yang demamding, yang sangat emosi dan kuat cemburu 😜, dan ada mummy yang sentiasa di sisi.

 

“Membesarlah menjadi anak yang solehah ye sayang. You know Mummy would do anything for you.😘,” kata Che Ta lagi. 

 

Sumber - Instagram

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement