Skip to main content

Antarabangsa

Wang Xiaofei Hormati Hak DJ Koo Terima Harta Pusaka Barbie Hsu

Wang Xiaofei Hormati Hak DJ Koo Terima Harta Pusaka Barbie Hsu

Sekilas

  • Bekas suami Barbie Hsu, Wang Xiaofei, mengesahkan pembahagian harta pusaka mendiang mengikut undang-undang, dengan suami kedua Barbie, DJ Koo, menerima satu pertiga dan baki dua pertiga untuk anak-anak mereka melalui dana amanah.
  • Wang menafikan dakwaan rumah Barbie akan dilelong dan ibu mendiang tidak akan diarah keluar, malah dialu-alukan tinggal bersama cucu-cucunya di kediaman tersebut.
  • Nilai keseluruhan harta Barbie dianggarkan sekitar RM361 juta, termasuk beberapa hartanah dan aset, dengan proses pembahagian kini diuruskan oleh peguam yang dilantik mahkamah.
Advertisement

Bekas suami mendiang pelakon Taiwan, Barbie Hsu, iaitu Wang Xiaofei, akhirnya tampil menjelaskan spekulasi berhubung pembahagian harta pusaka bekas isterinya yang hangat diperkatakan sejak beberapa bulan lalu.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan wakilnya, Wang menegaskan dia menghormati hak suami kedua Barbie, DJ Koo atau nama sebenarnya Koo Jun-yup, untuk menerima satu pertiga daripada harta pusaka mendiang seperti yang diperuntukkan di sisi undang-undang.

Advertisement

Dalam masa sama, Wang menjelaskan baki dua pertiga daripada harta tersebut akan diserahkan kepada dua anak hasil perkahwinannya dengan Barbie menerusi sebuah dana amanah yang diwujudkan bagi melindungi kepentingan mereka. Wang turut memohon mahkamah melantik wakil khas untuk menjaga hak perundangan kedua-dua anaknya yang masih di bawah umur.

Selain isu pembahagian harta, kenyataan itu turut menafikan pelbagai dakwaan yang tular di media sosial, termasuk khabar angin bahawa kediaman Barbie bakal dilelong akibat tunggakan pinjaman perumahan.

Menurut wakil Wang, ahli perniagaan itu masih meneruskan bayaran pinjaman rumah berkenaan sejak pemergian Barbie, memandangkan aset tersebut kini berkaitan dengan kepentingan anak-anak mereka.

Wang juga menafikan dakwaan kononnya ibu Barbie akan diarah keluar dari kediaman tersebut.

Sebaliknya, beliau menegaskan ibu mendiang dialu-alukan untuk terus menetap di rumah itu bersama cucu-cucunya dan berharap orang ramai menghentikan penyebaran spekulasi yang boleh mengganggu emosi keluarga.

Media Taiwan menganggarkan nilai keseluruhan harta peninggalan Barbie mencecah sekitar 600 juta yuan (kira-kira RM361 juta), merangkumi beberapa hartanah termasuk sebuah penthouse serta aset yang diterima selepas penyelesaian perceraiannya dengan Wang. Proses pembahagian harta itu kini dikendalikan di bawah seliaan peguam yang dilantik mahkamah.

Barbie Hsu meninggal dunia pada Februari 2025 akibat radang paru-paru yang berpunca daripada komplikasi influenza ketika bercuti bersama keluarga di Jepun. Selepas bercerai dengan Wang pada 2021, pelakon terkenal Meteor Garden itu kembali menjalin hubungan dengan cinta pertamanya, DJ Koo, sebelum mereka berkahwin pada 2022.

Sumber: The Star

Anda mungkin berminat dengan

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

LAVEN Watercolor Painting Cotton Viscose Shawl Breathable Soft Pashmina Selendang Muslim Women Shawl Hijab Scarf

LAVEN Watercolor Painting Cotton Viscose Shawl Breathable Soft Pashmina Selendang Muslim Women Shawl Hijab Scarf

Indian Wedding Forehead Netti Pattam & Hand Wrist Pattam Gold Plated Traditional Bridal Ceremony Set

Indian Wedding Forehead Netti Pattam & Hand Wrist Pattam Gold Plated Traditional Bridal Ceremony Set

WOSADO Magnetic Lash Set

WOSADO Magnetic Lash Set

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Bracelet Tali Jam 1.0CM (29961099TJ)

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Bracelet Tali Jam 1.0CM (29961099TJ)

Must Watch Video

Advertisement