Skip to main content

Indonesia

Wanita Dakwa Penceramah Bebas Mahu Pinjam Wang Besarkan Alat Kelamin, Jadi Pemuas Nafsu

zaky_mubarok

Sekilas

  • Seorang wanita mendakwa menjadi alat pemuas nafsu dan meminjamkan wang kepada penceramah bebas Ustaz Zaky Mubarok yang terkenal dari program dakwah Aksi 2013.
  • Wanita itu juga mendedahkan Ustaz Zaky pernah mahu meminjam wang antara 10 hingga 15 juta rupiah untuk membesarkan alat sulitnya, tetapi tidak diberikan.
  • Setakat ini, Ustaz Zaky belum memberikan sebarang kenyataan rasmi mengenai dakwaan tersebut.

Seorang wanita membuat pengakuan mengejutkan saat menjadi tetamu di YouTube Richard Lee apabila mendakwa menjadi alat pemuas nafsu seorang penceramah bebas yang lahir daripada program dakwah di televisyen.

Menutup wajahnya dengan purdah, wanita itu berani menyebut identiti penceramah tersebut. Lelaki itu dikenali sebagai Ustaz Zaky Mubarok.

Menerusi pendedahannya, bukan hanya sering dipaksa melakukan hubungan seks seperti suami isteri, dia juga mendakwa telah meminjamkan banyak wang kepada Ustaz Zaky, lapor InsertLive.

“Oleh kerana dia janji mahu menikahi saya jadi saya serah dan lakukan semua. Selain pinjam wang buat beli barang, saya juga bayarkan bil elektrik sehingga wifi,” katanya dalam temu bual tersebut.

Lebih mengejutkan, wanita itu mendakwa Ustaz Zaky yang menjadi terkenal selepas menyertai bakat pencarian dakwah program Aksi pada tahun 2013 itu juga pernah mahu meminjam wang untuk membesarkan alat sulitnya.

“Dia pinjam wang mahu memperbesarkan alat sulitnya?”tanya Richard Lee seperti tidak percaya.

Ia dibalas wanita itu: “Dia mahu pinjam untuk memperbesarkan itu (alat kelamin). Dia mahu pinjam sekitar 10 sehingga 15 juta rupiah. Perbualannya ada di chat.”

Namun menurut wanita itu dia tidak memberikan wang yang mahu dipinjam.

“Menurut dia kecil (alat kelamin). Tapi pun tak beri wang kepadanya,” tambah wanita itu lagi.

Sehingga artikel ini ditulis, Ustaz Zaky masih belum memberi kenyataan balas atau rasmi berhubung dakwaan berat yang dilemparkan kepadanya ini.

Must-Watch Video

Advertisement