Sekilas
- Seorang pengguna Threads memuji cara Noor Neelofa dan suami mendidik anak mereka dengan pendedahan agama sejak kecil.
- Anak mereka, Bilal, sudah mampu menulis ayat-ayat berkaitan agama seperti ‘I love to read Quran’ dan ‘I’m a hafiz Quran’ pada usia muda.
- Pengguna tersebut mencadangkan Neelofa menerbitkan buku parenting Islam sebagai panduan untuk ibu bapa lain.
Di Threads, seorang individu meluahkan rasa kagum terhadap cara selebriti terkenal, Noor Neelofa dalam mendidik anak-anaknya.
Menerusi perkongsian yang dibuat, individu yang dikenali sebagai fad.nasir itu menyifatkan pendedahan agama yang diterapkan Neelofa dan suami dalam diri anak-anak sejak kecil sebagai satu perkara yang wajar dijadikan contoh.
“Saya sangat kagum dengan cara Neelofa mendidik anak-anaknya.
“Pada usia yang masih muda, Bilal sudah mampu menulis perkataan-perkataan ini dan pendedahan kepada agama yang diterapkan sejak kecil membuatkan saya teringin untuk mempunyai anak dan melakukan perkara yang sama pada masa akan datang,” luahnya.
Malah, individu berkenaan turut menyarankan bekas pengacara MeleTop itu untuk menerbitkan sebuah buku untuk dijadikan sebagai rujukan buat ibu bapa di luar sana dalam mendidik anak-anak.
“Neelofa, kalau awak baca ini mungkin awak boleh terbitkan satu buku mengenai parenting dalam Islam. Saya akan menjadi yang pertama membelinya,” tambahnya.
Individu berkenaan dilihat turut memuat naik hantaran Instastory Neelofa yang berkongsi penulisan Bilal mengenai dirinya dan keluarga.
Antara yang ditulis Bilal termasuklah, ‘Bilal loves Abbas (adik)’, ‘I belong to Allah’, ‘I love to read Quran’ dan “I’m a hafiz Quran”.
Sumber: Threads