Skip to main content

Hiburan

‘Watch Party’ Meet Your Idol Riuh! Tengok Peminat Main Game, ALPHA Teringin Nak Cuba - “ Lebih Chaos…”

‘Watch Party’ Meet Your Idol Riuh! Tengok Peminat Main Game, ALPHA Teringin Nak Cuba - “ Lebih Chaos…”

Sekilas

  • Daniel Cheang menganjurkan acara watch party bersama kumpulan ALPHA dan peminat mereka, Alphanites, untuk episod terbaru Meet Your Idol.
  • Ahli ALPHA, Afiq Sky dan Ray-D berkongsi pengalaman seronok berinteraksi dengan peminat serta harapan untuk menyertai cabaran permainan dalam program tersebut.
  • Meet Your Idol adalah program realiti pertandingan yang menampilkan selebriti popular dan disiarkan setiap Khamis, jam 11 malam di Astro Ria serta boleh distrim di Sooka.
Advertisement

Bersempena dengan episod terbaharu Meet Your Idol minggu ini, pengacara merangkap penerbit program itu, Daniel Cheang, menganjurkan sebuah acara watch party bersama kumpulan ALPHA dan kelab peminat mereka, Alphanites.

Menurut Daniel, penganjuran acara itu bertujuan untuk berkongsi pengalaman manis bersama peminat yang menyokong perjalanan kerjayanya sejak menyertai Malaysian Host Wanted.

Advertisement

“Saya anjurkan watch party ini sebab nak kongsi pengalaman manis bersama dengan peminat-peminat Meet Your Idol yang menyokong saya dari Malaysian Host Wanted.

“Dapat melihat mereka bergembira dan menyaksikan episod kali ini betul-betul buat saya tersentuh sebab saya percaya bukan saya sahaja, tapi seluruh pasukan produksi sudah melakukan yang terbaik untuk setiap episod,” katanya kepada Gempak.

Mengulas lanjut mengenai pemilihan episod ALPHA untuk acara tersebut, Daniel menjelaskan bahawa kumpulan itu mempunyai tempat istimewa dalam perjalanan program berkenaan.

Advertisement

“Kalau tanya kenapa pada episod ALPHA, kerana di situ cerita ini bermula. Kalau diberikan peluang, sudah tentu saya nak buat lebih besar untuk semua idol yang ada bersama dengan saya sepanjang musim ini,” ujarnya.



Ahli kumpulan ALPHA, Afiq Sky menyifatkan pengalaman menonton bersama Alphanites sebagai sesuatu yang menyeronokkan, apatah lagi apabila mereka dapat berinteraksi lebih dekat dengan peminat dalam suasana santai.

"Kita rasa best, fun sangat sebab kita sangat dekat dengan mereka dapat tengok dan meluangkan masa bersama-sama mereka.

"Tak sangka juga untuk episod ini dari segi editingnya, permainannya sangat-sangat menarik," kata Sky kepada Gempak.

Sementara itu, Ray-D turut meluahkan hasrat untuk merasai sendiri pengalaman menyertai cabaran permainan yang dipaparkan dalam program tersebut.

“Saya rasa kalau kita berkesempatan untuk bermain permainan itu sekali, mesti seronok sebab kita pun jenis yang peminat tahu kami semua macam mana.

“Jadi, saya rasa kalau kita diberi kesempatan untuk bermain permainan itu, ia akan jadi lebih menarik. Lebih chaos! Lebih chaos kalau bersama ALPHA. Jadi, harap adalah peluang untuk kami sertai permainan itu,” tambahnya.

Dalam pada itu, acara watch party berkenaan turut dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 100 tetamu.



Meet Your Idol merupakan program realiti berkonsepkan pertandingan yang menguji peminat tegar menerusi cabaran di luar jangkaan demi merebut pengalaman eksklusif sekali seumur hidup bersama selebriti idaman mereka.

Dikendalikan oleh Daniel Cheang, program ini menampilkan barisan selebriti popular termasuk Zarif Ghazzi, Firdhaus Farmizi, Aisha Retno, ALPHA, Amin Abid, Hussain, DOLLA dan Aina Abdul.

Meet Your Idol bersiaran setiap Khamis, jam 11 malam di Astro Ria dan boleh distrim menerusi Sooka.

Foto: CuriCuriKlik

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement