Sekilas
- Emran Rijal memilih untuk tidak melayan komen negatif di media sosial dan menjadikan kritikan sebagai motivasi untuk terus maju.
- Emran menegaskan pentingnya menerima pujian dan kritikan dalam industri sebagai dorongan untuk berjuang lebih kuat.
- Emran yakin bintang Big Stage Rocketfuel, Hussain, mempunyai potensi besar untuk berjaya dalam industri muzik dan menerima pujian atas rekaan bajunya untuk Hussain.
Pereka fesyen dan usahawan, Emran Rijal memilih untuk tidak melayan komen-komen negatif yang dilemparkan di media sosial, sebaliknya menjadikan setiap kritikan sebagai pembakar semangat untuk terus melangkah ke hadapan.
Menerusi satu hantaran di Threads, Emran berkata setiap individu perlu bersedia menerima pujian dan kritikan.
"Dalam industri ini, kita perlu menerima yang baik dan juga yang buruk. Yang baik jadikanlah sebagai semangat untuk terus melangkah, manakala yang buruk pula jadikan sebagai api untuk membuktikan bahawa mereka silap. Teruskan berjuang,” tulis.
Pada masa sama, Emran turut meluahkan keyakinannya terhadap bakat bintang Big Stage Rocketfuel, Hussain yang disifatkannya mempunyai potensi besar untuk mencipta nama dalam industri muzik.
"Saya percaya Hussain akan menjadi seorang penyanyi dan artis yang berjaya. Saya tahu apabila melihat seseorang yang memiliki bakat itu,” tambahnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat memuji rekaan baju Emran buat Hussain bagi persembahan minggu ketiga.
Malah ada yang meminta untuk Emran terus memberi rekaannya buat Hussain sepanjang di Big Stage Rocketfuel.