Skip to main content

Selebriti

Yusuf Bahrin Seronok Jual Popia Bergedil, Sambal Kicap ‘Killer’ Pula Belajar Daripada Ibu - “Resipi Popia Dari…”

Yusuf Bahrin Seronok Jual Popia Bergedil, Sambal Kicap ‘Killer’ Pula Belajar Daripada Ibu - “Resipi Popia Dari…”

Sekilas

  • Pelakon Yusuf Bahrin kini menceburi bidang perniagaan makanan dengan jenama Popia Bergedil Bites yang diusahakan sejak dua bulan lalu.
  • Idea perniagaan ini tercetus kerana popia begedil mempunyai permintaan tinggi tetapi proses penyediaannya rumit dan kurang diminati untuk dibuat sendiri.
  • Resipi popia diambil dari TikTok manakala sambal kicap pelengkapnya adalah resipi khas ibu Yusuf yang menjadi rahsia keenakan hidangan tersebut.
Advertisement

Pelakon, Yusuf Bahrin akui seronok selepas mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan makanan menerusi jenamanya, Popia Bergedil Bites yang diusahakan sejak dua bulan lalu.

Menurut Yusuf, idea untuk menjual popia begedil tercetus apabila melihat makanan tersebut mempunyai permintaan tinggi, namun proses penyediaannya yang agak rumit menyebabkan tidak ramai yang sanggup untuk membuatnya sendiri.

Advertisement

“Saya mula meniaga popia bergedil ini dua bulan, terfikir untuk buat makanan itu sebab saya rasa popia begedil orang malas nak buat.

“Cara penyediaannya agak rumit, sebagai contoh nak kena gulung, kentang nak kena lenyek terlebih dahulu dan sebagainya.

“Tapi saya rasa makanan itu orang suka makan, tauhu bergedil, popia bergedil, tetapi orang malas nak buat.

Advertisement

“Jadi, apabila benda yang orang malas buat ini ada permintaan, kita cuba bekalkan,” katanya kepada Gempak.

Bagaimanapun kata Yusuf, dia tidak meletakkan sasaran terlalu besar terhadap perniagaan tersebut, namun tidak menolak kemungkinan untuk mengembangkannya sekiranya mendapat sambutan menggalakkan.

“Saya buat bukanlah untuk meniaga secara besar-besaran pun, tapi kalau ada rezeki, mengapa tidak kan.

“Tapi ini adalah perniagaan kecil yang saya rasa boleh ada aliran tunai setiap hari, adalah sikit-sikit. Saya pun bukan anak orang kaya, jadi kena buatlah apa yang ada,” ujarnya.

Bercerita lanjut mengenai perniagaannya, Yusuf menjelaskan dia mendapat inspirasi daripada seorang wanita yang berkongsi resipi menerusi TikTok.

Malah Yusuf juga meluahkan rasa kagum apabila wanita itu menghalalkan perkongsian resipinya untuk sesiapa sahaja yang ingin cuba berniaga.

“Resipi popia itu saya hanya ambil di TikTok sahaja. Ada seorang kakak berniaga di tepi jalan dan dia kongsikan resipi serta menghalalkannya untuk mereka yang ingin cuba atau memulakan perniagaan.

“Baik kakak itu, sebab itu saya rasa rezekinya murah dan popia yang dijualnya juga laku,” kongsinya.

Namun kata Yusof, berbeza dengan resipi popia, sambal kicap yang menjadi pelengkap hidangan itu merupakan resipi ibunya sendiri.

“Untuk sambal kicap pula, itu memang resipi sendiri. Orang kata kuah kicap resipi mak-mak kita. Itu adalah ‘killer’ untuk makanan itu.

“Untuk resipi kicap itu saya telefon mak saya dan dia bimbing saya dari segi cara penyediaan masakan.

“Masukkan, bahan itu, masukkan bahan ini kemudian kisarkan dan masak,” jelasnya.


 

Anda mungkin berminat dengan

5️hot sell out Slim Men Denim Jeans Jacket Men Clothes Cowboy Male Jacket Jaket Denim Lelaki Men Jeans Outerwear

5️hot sell out Slim Men Denim Jeans Jacket Men Clothes Cowboy Male Jacket Jaket Denim Lelaki Men Jeans Outerwear

🇲🇾 DESINCE Men Chino Smart Casual Relaxed Pant Straight Tapered Trouser Long Pant Seluar Panjang Lelaki Slack MP 068

🇲🇾 DESINCE Men Chino Smart Casual Relaxed Pant Straight Tapered Trouser Long Pant Seluar Panjang Lelaki Slack MP 068

Seluar Jeans Lelaki Cargo 6 Pocket Acid Wash Cargo Jeans kain ( Non Stretchable ) straight Cut Seluar Cargo Jeans

Seluar Jeans Lelaki Cargo 6 Pocket Acid Wash Cargo Jeans kain ( Non Stretchable ) straight Cut Seluar Cargo Jeans

Kemeja Formal Lelaki Cotton Baju Lelaki [NO LOGO] Men Shirt Long Sleeve Plain Formal Shirt

Kemeja Formal Lelaki Cotton Baju Lelaki [NO LOGO] Men Shirt Long Sleeve Plain Formal Shirt

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

Must Watch Video

Advertisement