Skip to main content

Hiburan

Zahid Baharudin Buka Akaun Threads Gara-Gara Netizen Salah Tulis Nama Juara AF2

Zahid AF

Penyanyi, Zahid Baharudin akui tidak pernah mempunyai akaun Threads sebelum ini.

Bagaimanapun, Zahid mula mendaftar akaun Threads selepas berlaku kekeliruan mengenai perkongsian Juara program Akademi Fantasia (AF).

“Tahun baharu 2026 saya ada thread. Puncanya disebabkan tertengok satu thread di Instagram yang menyatakan juara AF2 itu Adam,” tulis Zahid.



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen cuba bergurau dengan pelantun lagu Biasa itu dengan menyatakan mereka mengenali Zahid sebagai juara namun ‘signature’ yang disebut adalah milik bekas bintang AF yang lain. 

“Tak apa bang.. sy peminat dr dulu.. ingt lg tagline ucapan.. "kita semua adalah pemenang, tiada pengalah".

“Tak apa bang saya tahu zaman abang menang time tu pakai bandana kat tangan

“Tak apa gen millenials masih kenal dan ingat zahid. Ha Ha tak tahu. apa kau dah buat padaku. kini ku termimpi. mimpi ku menagih kasih,” tulis netizen. 

Sekadar info, Zahid dinobatkan sebagai Juara Akademi Fantasia musim kedua pada tahun 2004. 

Tempat kedua disandang oleh Linda Nanuwil manakala tempat ketiga dan keempat menjadi milik Adam dan Farah. 

Must-Watch Video

Advertisement