Skip to main content

Hiburan

Zahirah MacWilson Gembira Ibu Kini Berhijab - “Berharap Satu Hari Nanti Saya Ke Arah Itu Juga”

Zahirah MacWilson

Sekilas

  • Pelakon Zahirah MacWilson berkongsi rasa gembira apabila ibunya, Maslinda Yusoff, akhirnya membuat keputusan untuk berhijab selepas lama menyimpan hasrat tersebut.
  • Zahirah menyatakan sokongan penuh terhadap perubahan ibunya dan berharap dapat mengikuti jejak langkah itu suatu hari nanti.
  • Maslinda juga akan menunaikan ibadah haji buat pertama kali pada Mei depan, dan Zahirah memohon doa agar ibunya dilindungi sepanjang perjalanan.
Advertisement

Pelakon, Zahirah MacWilson berkongsi perasaan susulan keputusan ibunya, Maslinda Yusoff yang kini tampil berhihab.

Menurut Zahirah, sudah sekian lama ibunya menyimpan hasrat untuk berhijab dan sebagai anak, dia gembira dengan berita tersebut.

Advertisement

“Ya, saya sangat gembira untuk dia. Ini (berhijab) memang satu perkara yang dia pernah cakap beberapa bulan lalu, yang dia berniat nak bertudung.

“Saya sangat gembira untuk dia dan dia nampak sangat-sangat bahagia,” katanya kepada Gempak.

Tambah Zahirah, sebagai anak, dia akan sentiasa menyokong segala kebaikan malah berharap akan mengikut jejak langkah ibunya satu hari nanti.

Advertisement

“Sudah tentu, benda yang baik kan. Insya-Allah untuk saya pun berharap satu hari nanti ke arah situ juga.

“Jadi bila dia dah bersedia sekarang, saya cuma rasa Alhamdulillah dan sangat gembira untuk dia,” katanya lagi.

Dalam pada itu, isteri kepada pelakon, Aiman Hakim Radzi ini berkongsi bahawa ibu tercintanya itu bakal berangkat ke Tanah Suci Mekah pada Mei depan bagi menunaikan ibadah haji.

“Dia (ibu) juga akan menunaikan haji buat pertama kali tahun ini, jadi doakanlah dia, insya-Allah,” kongsinya.

Ditanya mengenai perasaan bakal berjauhan dengan ibu, Zahirah mengakui timbul rasa gusar namun dia menyerahkan segalanya kepada Allah SWT.

“Sudah tentu ada rasa risau sebagai anak. Tapi saya percaya Allah tahu yang terbaik, Allah lindungi dia, Allah akan jaga dia.

“Insya-Allah semuanya akan baik-baik saja,” katanya lagi.

Terdahulu, Maslinda menyorot perhatian apabila memaklumkan dia kini sudah mengenakan hijab.

Menerusi perkongsian yang dibuat di Instagram (IG), Maslinda meluahkan rasa syukur selain berterima kasih kepada semua pihak yang sentiasa memberi sokongan terhadap perubahan yang dilakukannya itu.

Anda mungkin berminat dengan

SEJADAH SAKINAH AS PRAYER MATS V2

SEJADAH SAKINAH AS PRAYER MATS V2

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Women Ladies Retro Round Neck Sleeveless Sweater Embroidered Twist Knit Cardigan

Women Ladies Retro Round Neck Sleeveless Sweater Embroidered Twist Knit Cardigan

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

LAVEN Watercolor Painting Cotton Viscose Shawl Breathable Soft Pashmina Selendang Muslim Women Shawl Hijab Scarf

LAVEN Watercolor Painting Cotton Viscose Shawl Breathable Soft Pashmina Selendang Muslim Women Shawl Hijab Scarf

Must Watch Video

Advertisement