Skip to main content

Hiburan

Zain Saidin Syukur Kembali Shooting, Akui Lagi Suka Bawa Watak Jahat - “Tak Semestinya Hero Saja Menyerlah…”

Zain Saidin

Sekilas

  • Pelakon Zain Saidin bersyukur dapat kembali berlakon dan kini lebih gemar membawa watak antagonis kerana memberi ruang untuk bereksperimen dalam lakonan.
  • Drama Cela terbitan Viu mendapat pujian Zain kerana jalan cerita dan dialognya lebih fleksibel serta realistik.
  • Zain berharap lebih banyak tawaran watak antagonis diterima kerana watak jahat juga boleh menjadi ikonik seperti watak Kak Ju lakonan Rozita Che Wan.
Advertisement

Pelakon Zain Saidin meluahkan rasa syukur apabila kembali menerima tawaran berlakon selepas ada pihak yang menyangkakan dia sudah tidak mahu aktif dalam dunia lakonan.

 

Advertisement

Teruja dapat berlakon dalam drama Cela, Zain berkata dia lebih menikmati karakter antagonis kerana memberikan ruang untuk bereksperimen dan meneroka sisi lakonan yang berbeza berbanding watak hero yang kebiasaannya lebih 'straightforward'.

 

“Alhamdulillah dapat shooting balik. Ramai ingat saya tak nak berlakon, tapi sebenarnya rezeki tak banyak. Bila dapat watak antagonis macam ni memang saya suka sebab boleh explore karakter dengan lebih bebas,” katanya.

 

Zain turut memuji naskhah terbitan Viu yang disifatkan lebih fleksibel dari segi jalan cerita dan dialog, sekali gus menjadikan lakonan terasa lebih realistik.

Advertisement

 

Tambah suami kepada pelakon Rozita Che Wan itu, dia memang mengalu-alukan jika lebih banyak tawaran watak antagonis diberikan kepadanya pada masa akan datang.

 

“Hero selalunya kena baik, macho dan ikut acuan tertentu. Tapi antagonis lebih seronok sebab boleh bermain dengan emosi dan karakter yang misteri.

 

“Tak semestinya hero saja menyerlah. Kalau bawa watak jahat dengan baik, karakter itu pun boleh jadi ikonik,” ujarnya sambil memetik contoh watak Kak Ju lakonan Rozita Che Wan yang mencuri perhatian penonton baru-baru ini.

 

Selain Zain, drama Cela yang ditayangkan di platform Viu itu turut dibintangi oleh Hun Haqeem, Nabila Huda dan Zarif Ghazi. 

Anda mungkin berminat dengan

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

BGM POLO LADIES H-SHAPED SLIP-ON DENIM SANDAL-BP-LS146HSD-KC

BGM POLO LADIES H-SHAPED SLIP-ON DENIM SANDAL-BP-LS146HSD-KC

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24K Gold Plated Necklace Rantai Gila-Gila 0.2 50CM (456500201)

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24K Gold Plated Necklace Rantai Gila-Gila 0.2 50CM (456500201)

Must Watch Video

Advertisement