Skip to main content

Hiburan

Zarif Ghazzi Akui ‘Digital Footprint’ Boleh Jejas Karier, Tak Mahu Tersilap Langkah - “Semakin Dikenali, Semakin Saya Berhati-Hati”

Zarif Ghazzi Akui ‘Digital Footprint’ Boleh Jejas Karier, Tak Mahu Tersilap Langkah - “Semakin Dikenali, Semakin Saya Berhati-Hati”

Sekilas

  • Zarif Ghazzi sentiasa berhati-hati menjaga tingkah laku dan jejak digital bagi memastikan nama baik dan kredibilitinya tidak tercemar.
  • Beliau percaya menjaga nama baik adalah tanggungjawab penting selebriti kerana ada pihak yang sentiasa menunggu peluang untuk menjatuhkan mereka.
  • Filem lakonan Zarif, KUDRAT 1968: High Council, kini sedang ditayangkan di pawagam dengan barisan pelakon hebat lain.
Advertisement

Pelakon, Zarif Ghazzi mengambil pendekatan untuk sentiasa berhati-hati dalam menjaga tingkah laku bagi memastikan nama baik serta kredibilitinya sebagai seorang yang dikenali tidak tercemar.

Menurut Zarif, setiap perkara yang dikongsikan atau dilakukan boleh meninggalkan kesan, apatah lagi apabila ia melibatkan jejak digital yang berpotensi menjejaskan diri sendiri.

Advertisement

“Daripada sebelum saya dikenali lagi saya sedar bahawa ‘digital footprint’ ni sangat-sangat bahaya dan ia boleh memakan tuan dia sendiri.

“Jadi saya akan berusaha sedaya upaya untuk menjaga tingkah laku saya di media sosial mahupun dunia sebenar,” katanya kepada Gempak.

Zarif berkata demikian ketika ditemui di sidang media Dua Nyawa di Diamond Lounge, Pavilion Damansara Heights pada Rabu.

Advertisement

Mengulas lanjut, Zarif berpendapat bahawa seseorang itu perlu sentiasa berhati-hati dalam melakukan apa-apa perkara kerana akan ada pihak yang menunggu peluang untuk menggunakan kesalahan itu sebagai tiket untuk menjatuhkan.

Malah, Zarif percaya bahawa menjaga nama baik bukan sekadar untuk kepentingan peribadi, sebaliknya sebahagian daripada tanggungjawab yang perlu dipikul seseorang selebriti.

“Sebab saya percaya apabila kita di atas ni akan sentiasa ada musuh-musuh yang menunggu kita untuk menjatuhkan kita.

“Semakin saya di atas, semakin saya berhati-hati. Sebab memang akan ada orang yang sentiasa menunggu di bawah untuk menarik kita di atas.

“Benda ini tanggungjawab. Semakin famous saya, tanggungjawab saya untuk menjaga nama baik saya, penjagaan nama profesional saya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, filem lakonan Zarif iaktu KUDRAT 1968: High Council kini sedang ditayangkan di pawagam.

Selain Zarif, filem arahan Zulaikha Zakaria ini turut dibintangi beberapa pelakon hebat lain seperti Mierul Aiman, Dai Fuad, Akmal Asyraf, Chech Harith, Evertts Gomes dan ramai lagi.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement