Skip to main content
Advertisement

Hiburan

Zarif Ghazzi Tak Sangka ‘Abbas’ Dapat Sambutan Luar Biasa - “Satu Achievement Bila…”

Zarif Ghazzi Tak Sangka ‘Abbas’ Dapat Sambutan Luar Biasa - “Satu Achievement Bila…”

Sekilas

  • Zarif Ghazzi tidak menyangka watak Abbas dalam siri KUDRAT 1968: High Council mendapat sambutan luar biasa selepas hanya empat episod ditayangkan.
  • Pelakon berusia 22 tahun itu menganggap kejayaan ini sebagai tanggungjawab untuk terus memperbaiki mutu lakonannya dan tidak mahu berasa selesa.
  • Filem KUDRAT 1968: High Council akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 29 Oktober ini.
Advertisement

Pelakon, Zarif Ghazzi tidak menyangka watak Abbas yang dibawanya dalam siri KUDRAT 1968: High Council mendapat sambutan luar biasa sehingga namanya mula dikenali ramai.

Menurut Zarif atau nama penuhnya Zarif Farahi Effie Ghazzi, dia bersyukur apabila lakonannya dalam siri berkenaan berjaya memenuhi ekspektasi penonton seperti yang diharapkan.

Advertisement

“Alhamdulillah saya bersyukur apabila saya capai ekspektasi menerusi lakonan dalam siri Kudrat ini.

“Saya percaya setiap ekspektasi itu tidak akan terhenti di situ, tanggungjawab saya akan lebih lagi.

“Sudah tentu saya takut dengan ekspektasi orang, tetapi saya tukarkan ketakutan itu kepada rasa tanggungjawab untuk melakukan (lakonan) dengan lebih baik,” katanya kepada Gempak.

Advertisement

Zarif ditemui ketika tayangan perdana filem KUDRAT 1968: High Council di TGV KLCC, Kuala Lumpur pada Isnin.

Bercerita lanjut mengenai watak Abbas, Zarif mengakui tidak menjangkakan impak besar yang diterimanya, apatah lagi selepas hanya empat episod siri itu ditayangkan kepada penonton.

Malah, pelakon berusia 22 tahun itu merasakan nama Abbas mungkin akan terus meniti di bibir peminat sehingga 10 tahun akan datang, mengatasi populariti namanya sendiri.

“Alhamdulillah saya tidak menyangka. Sejujurnya sudah tentu setiap naskhah yang baik memang akan boleh ‘pergi’ (berjaya).

“Sejujurnya saya terkejut dengan impak dan sokongan diberikan (peminat). Saya rasa lepas ni memang orang akan panggil saya Abbas (nama watak) walaupun 10 tahun akan datang.

“Bagi saya itu adalah satu pencapaian kerana orang bukan ingat nama tetapi watak itu sendiri. Maksudnya lakonan saya itu sampai pada penonton,” tambahnya.

Sungguhpun begitu, Zarif tidak mahu kejayaan menerusi KUDRAT 1968: High Council membuatkannya berasa selesa dengan pencapaian semasa.

Sebaliknya, dia menganggap perjalanan sebagai pelakon masih panjang dan banyak perkara perlu dipelajari bagi memperbaiki mutu lakonannya.

“Apa pun yang kita buat tidak pernah akan cukup. Insya-Allah sebagai seorang pelakon tanggungjawab saya untuk berikan pelbagai watak dalam lakonan.

“Sudah tentu rasa takut itu tetap ada, tapi bila rasa takut kita masih ada ruang untuk belajar. Saya belum cukup sempurna, handal atau legend. Sudah tentu banyak lagi yang saya perlu belajar tentang penyampaian dalam lakonan.

“Saya tetap akan berdoa dan berusaha agar kerjaya saya tidak hanya bergantung dengan siri KUDRAT 1968 ini sahaja,” jelasnya.

Dalam masa sama, Zarif turut meluahkan rasa syukur dan penghargaan buat para peminat yang terus-menerus memberikan sokongan buatnya.

“Saya bersyukur sebab titik peluh saya sepanjang tiga tahun berlakon kini sudah mendapat perhatian ramai.

“Terima kasih kepada semua penyokong dan tenaga produksi. Mereka antara individu yang menaikkan saya,” katanya.

Untuk info, KUDRAT 1968: High Council merupakan prekuel kepada siri fenomena Projek: High Council (2023) dan filem Kahar: Kapla High Council (2024), yang mengisahkan permulaan sistem hierarki rahsia dalam kalangan pelajar.

Selain Zarif, drama dan filem arahan Zulaikha bersama Khairi Asyraff itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Mierul Aiman, Dai Fuad, Chech Harith, Evertts Gomes, Akmal Asyraf dan ramai lagi.

Filem KUDRAT 1968: High Council bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 29 Oktober ini.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement